Disahkan hidap Demensia, video terbaru Pak Lah berjalan ambil angin dekat taman buat ramai sebak

Oleh KIM SYAZIE

Setelah sekian lama tidak mendengar khabar tentang tokoh negara, Tun Abdullah Ahmad Badawi, rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita masalah kesihatan yang dialami bekas perdana menteri yang Kelima itu.

Tun Abdullah atau lebih dikenali sebagai Pak Lah dilaporkan menghidapi penyakit demensia sejak beliau bersara dari jawatan perdana menteri pada 2009.

Hari ini, personaliti tv Ahmad Fedtri Yahya berkongsikan perkembangan terbaru Pak Lah yang membuatkan ramai sebak apabila melihat bekas pemimpin negara berusia 82 tahun itu tetap kuat walaupun terlihat agak lemah untuk berjalan.

Beliau dilihat berjalan amat perlahan sambil dibantu ahli keluarga yang lain namun kegembiraan yang terpancar membuatkan rata-rata warga maya mendoakan kesihatan Pak Lah.

Pada masa sama, Fedtri turut menyertakan kapsyen di Facebook miliknya dalam bentuk sajak yang pernah ditulis oleh Pak Lah sendiri.

Berikut di bawah ialah sajak Pak Lah yang dikongsikan semula oleh Fedtri:

Semoga kesembuhan dan damai kembali ke jasad dan sanubari Pak Lah.
Aku cari mana dia Al-Ghazali,
Aku cari mana dia Al-Shafie,
Kita bongkar rahsia kitab suci,
Cari pedoman
Kita bongkar rahsia sunnah nabi
Cari panduan
Aku hidup kerana Dia Rabbi
Dialah teman
Dialah wali
Dia mencukupi
Aku hidup bererti
Menikmati damai abadi

– Ku Cari Damai Abadi ialah sebuah sajak yang ditulis oleh Perdana Menteri Malaysia kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Baca juga: Individu cerita pengalaman dijerat jadi scammer, dibayar RM4,500 jika setiap seorang rakyat Malaysia tertipu

Baca juga: Bekas setiausaha, bendahari Umno bahagian seleweng wang parti lebih RM600,000 untuk kegunaan peribadi