Harga barang hari ini sukar untuk dikawal lagi akibatnya semua perkara naik harga hatta burger di tepi jalan pun dengan harga RM4 sebiji dipersoalkan.
Apabla harga barang mentah naik, sudah tentu harga barang yang hendak dijual pun terpaksa dinaikkan juga.
Bagaimanapun ramai yang melihat harga dinaikkan kerana bahan mentah naik tetapi tidak nampak ‘over head cost’ termasuk sewa tapak, kos elektrik dan air serta kos pengangkutan untuk membeli bahan mentah.
Termasuk juga kos tenaga, upah menggoreng dan banyak lagi, di mana semua ini adalah kos-kos tersembunyi yang ditanggung peniaga.
Seorang pengguna Facebook Mohd Asri Md Jamil yang berkongsi kos untuk harga sebiji burger menyifatkan kos bahan makanan sekarang adalah tinggi.
“Zaman dah berubah . Dulu baby burger RM1 je, banjo baru 80 sen. Zaman sekarang ni keras, bro.
“Nak jimat, masak sendiri kat rumah. Kuasa beli ada pada diri sendiri. Mahal, jangan beli.
“Burger metdonen harga berbelas ringgit sebiji, relaks je komer gi berator panjang… ok je,”kata Asri lagi.
Namun, berlainan pula seorang lagi pengguna Facebook, Mear Dbb II yang mempersoalkan mengapa burger dijual pada harga RM4 sebiji sedangkan kos sebiji burger RM2.25 sahaja.
“Patutlah brader tu kata mahal orang jual burger tepi jalan RM4 . Modal RM2.25 je,” ujarnya.
Baca juga: Bawa kain rentang ‘Umrah untuk roh Ratu Elizabeth II’ di Masjidil Haram, lelaki Yaman ditahan
Baca juga: Akibat terlalu baik, gangster India tak jadi bunuh Shah Rukh Khan
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio