Pantun empat kerat DBP curi perhatian lagi

Oleh KIM SYAZIE

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia nampaknya tidak mahu ketinggalan dalam mengikuti perkembangan isu semasa yang sedang menjadi bualan hangat di media sosial ketika ini.

Kali ini, DBP memuat naik sebuah hantaran berupa pantun empat kerat yang menyentuh isu manja dan miang sehingga mencuit hati ramai.

Pantun tersebut berbunyi begini;

Wakil badak kepada kuda,
Wakil kuda kepada musang,
Degil budak kerana manja,
Degil tua kerana miang

Pantun empat kerat yang mendapat 13,000 tanda ‘suka’ itu diambil dari sumber Khazanah Pantun Melayu Riau (DBP, 2007).

Perkongsian tersebut membuatkan ramai terhibur sekaligus turut meninggalkan pantun balas bagi mengaitkan lagi dengan isu semasa yang sedang hangat.

Antara pantun pembaca DBP yang ditinggalkan di ruangan komentar;

Pakwe dipanggil papa
Awek dipanggil anja
Tak hensem tak apa
Janji dapat bini manja
Khairy

Pipit tak berkawan dengan helang,
Kaya tidak berkawan dengan jem,
Wahai penduduk Lembah Kelang,
Sampai bila anda nak terperangkap dalam jem?
Bahruddin

Daripada baris-baris pantun yang ditinggalkan ini, orang ramai dapat kaitkan dengan isu berkaitan seorang pakar pelaburan saham yang terkenal dengan ‘tagline’ ‘tak handsome tak apa janji kaya’.

Perkahwinan yang baru-baru ini berlangsung melibatkan individu berusia 47 tahun berkenaan dengan gadis berumur 25 tahun baru-baru ini telah hangat menjadi bualan ramai.

Lebih-lebih lagi apabila lelaki tersebut menjelaskan bahawa perwatakan si isteri yang sangat manja, dengar cakap dan mudah dibentuk membuatkannya jatuh hati.

Baca juga: Dr Mujahid menang saman fitnah, ulama Pas Dusuki Rani diperintah bayar kos RM11,000

Baca juga: Disahkan hidap Demensia, video terbaru Pak Lah berjalan ambil angin dekat taman buat ramai sebak