Anda mungkin terkena penyakit ‘earworms’ kalau asyik teringat lagu yang tidak mahu anda dengar

Oleh KIM SYAZIE

Public Health Malaysia (PHM) di Twitter menjelaskan bahawa jika seseorang itu mengalami gejala seperti teringat dan sentiasa memikirkan sebuah lagu yang sama berulang kali, ia boleh dikaitkan dengan masalah ‘earworms’.

PHM menyertakan bait lirik lagu Cukup Dikenang Saja yang trending dalam kalangan pengguna media sosial selepas nyanyian semula oleh Intan Lembata Bunting tular di Instagram dan TikTok apabila tampil dalam versi sendiri.

“Begitu syulit lupakan Rehan, Apa lagi Rehan baik”. Antara rangkap lagu yang diubah gadis ini sehingga tular di media sosial.

“Adakah lirik tersebut masih berputar di minda tanpa henti? Ia adalah situasi yang dinamakan Earworms. “Earworms” ialah lagu yang tidak diingini yang berulang di kepala anda sehingga mengganggu ketenteraman.

“Ahli psikologi muzik mendapati lagu-lagu ini lebih pantas dan mempunyai ciri melodi yang ringkas dan panjangnya hanya 15 hingga 30 saat . Muzik bagi ear worm juga mempunyai beberapa selang unik antara nota yang menjadikan lagu itu menonjol,” katanya dalam satu ciapan di Twitter.

Selain itu PH turut menyertakan panduan untuk mereka mengurangkan ketagihan terhadap lagu yang berlegar-legar di kepala.

“Tips untuk menghentikan earworms;

1. Dengarkan keseluruhan lagu. Menikmati keseluruhan lagu dapat menghilangkan sesetengah rangkap lagu “terperangkap pada gelung” di kepala anda.

2. Tambah variasi lagu dalam fikiran. Fikirkan atau dengar lagu lain yang lebih anda sukai, atau fikirkan lagu kebangsaan. Berzikir juga mampu membantu

3. Abaikan. Cuba untuk tidak memikirkannya dan biarkan ia lengap secara semula jadi dengan sendirinya.

4. Gula Gula Getah. Apabila mengunyah gula-gula getah sejurus selepas mendengar lagu yang sangat menarik, mereka kurang berkemungkinan diganggu oleh Ear Worm

5. Sibukkan Diri

Pada masa sama, PHM menjelaskan bahawa kadangkala ia berlaku dengan gangguan obsesif-kompulsif, sindrom psikotik, sakit kepala migrain, sawan atau keadaan yang dikenali sebagai palinacousis, apabila anda terus mendengar bunyi lama selepas ia hilang.

Bagaimanapun dalam kebanyakan kes, cacing telinga adalah neutral, tidak serius, malah mungkin sebahagian daripada proses kreatif otak anda.

“Cacing telinga yang berterusan (bertahan lebih daripada 24 jam) mungkin disebabkan oleh pelbagai penyakit yang lebih serius,” tambahnya lagi.

Baca juga: Tular memo pegawai kanan polis diminta bayar RM30 untuk kenduri kahwin anak Ketua Polis KL

Baca juga: Kereta rosak teruk lepas langgar jalan berlubang, lelaki menang saman terhadap pihak berkuasa