Malaysia Dateline

Tular memo pegawai kanan polis diminta bayar RM30 untuk kenduri kahwin anak Ketua Polis KL

Baru-baru ini tular sebuah memo didakwa datang dari sebuah balai polis di Putrajaya yang meminta semua pegawai kanan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) itu untuk menyumbang sejumlah wang sempena kenduri perkahwinan anak Ketua Polis Kuala Lumpur.

Memo tersebut tular beberapa hari selepas netizen hangat memperkatakan surat Ahli Parlimen Bachok, Nik Abduh yang meminta Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) menyediakan pelbagai kemudahan tertentu termasuk hiasan bunga untuk kenduri anaknya,

Memo meminta sumbangan untuk Ketua Polis Kuala Lumpur itu berlegar di media sosial sehingga menimbulkan pertikaian ramai dalam kalangan netizen.

Ia tertulis ‘kutipan sumbangan sempena perkahwinan anak dato Ketua Polis Kuala Lumpur’

Menerusi memo tersebut, Ketua Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (KBIPS) yang ditandatangani ASP Marlina Mahdin itu meminta derma sekurang-kurangnya sebanyak RM30 setiap seorang.

Memo itu kemudian telah dihantar kepada semua Ketua Bahagian. Surat yang datang daripada KBIPS Putrajaya itu kini sedang hangat diperkatakan oleh netizen.

Memo itu dikongsi seorang pengguna Twitter menggunakan akaun @FarisSyed. “Anak Ketua Polis KL pun nak kena bagi sumbangan? Apa cerita mat?”, ciapnya.

Di ruangan komen, ada yang memberitahu bahawa perkara seumpama itu bukan setakat berlaku dalam jabatan polis, bahkan askar pun sama.

“Dalam askar pun sama. Anak panglima nak kahwin kerah orang bawahan sampai tak boleh nak cuti raya mak aku sebab kena masak. Kalau tak boleh balik raya sebab tugas tentera macam jaga sempadan ke bolehlah terima. Ni sebab anak kau nak kahwin, anak orang lain tak boleh nak beraya dengan ibu dia,” komen pengguna Twitter.

Pada masa sama, ada yang menyertakan tangkap layar perbualan WhatsApp didakwa sebagai antara ‘orang bawah’ yang diminta membayar sumbangan tersebut.

Individu tersebut mengesahkan bahawa memo itu adalah betul.

Ada juga yang memberitahu bahawa memo ini hanyalah untuk orang dalaman sahaja bagi mengutip hadiah untuk diberikan kepada Ketua Polis KL.

Baca juga: Tak apa, padang licin dik – Netizen terhibur tengok adik ini nangis siap campak baju lepas Malaysia kalah

Baca juga: ‘Saya terdengar satu bisikan…’, Nazrey buka mulut kenapa keluar Raihan ketika di puncak populariti