‘Bukan salah baju, tak sesuai dengan lagu je’

Oleh ARIF ATAN

Rata-rata peminat berpendapat baju serba merah yang diperagakan Tomok pada minggu kedua Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) tidak sesuai dengan lagu yang didendangkan.

Penonton turut bersetuju dengan pandangan juri tetap, Hetty Koes Endang yang digelar Bonda mengenai persembahan Tomok semasa menyampaikan lagu Janji Padamu nyanyian asal kumpulan Exists.

“Betul macam yang Bonda beritahu tu. Bukan salah… tapi tak sesuai dengan lagu yang dinyanyikan.

“Baju tu elok cuma tak sesuai dengan si pemakai.

“Pereka fesyen pun aihhh… syok sendiri ke apa? Dengan seluar cekak pinggang lebar macam carrot. Besaq atas, kecik bawah.

“Terkejut tengok dah rupa Shaolin Soccer si Tomok dah.”

Demikian antara komen warganet di media sosial merujuk pada busana rekaan Hatta Dolmat itu.

Tomok (dudu paling kiri) bersama peserta GV lain.

Sementara itu, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 38, tidak berasa sedih dengan komentar orang ramai berkenaan persalinan serba merah itu.

Baca juga ‘Lirik’ ikut lidah Melayu hiasi video muzik lagu ‘terlupo sama akmal’

Baca juga Tidak wajib pakai pelitup muka di masjid, surau – JAWI