Penunggang kesal disaman kerana letak motor di parkir kereta, tapi gambar yang dikongsi buat ramai turut kesal

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pengguna media sosial meluahkan kekesalannya apabila disaman seorang pegawai trafik kerana meletakkan motor di sebuah parkir kereta, walhal terlihat jelas parkir berkenaan tidak boleh memuatkan sebuah kenderaan di petak itu.

Seperti dikongsikan individu yang tidak dikenali, dia sedar bahawa petak parkir itu disediakan untuk kereta.

Tetapi melihatkan keadaan tiang elektrik yang terletak di tengah-tengah petak parkir, pastinya tiada kenderaan yang dapat di parkir di petak tersebut.

Dia juga merasa pelik kerana tidak sangka pegawai trafik masih mahu meneruskan saman terhadapnya walaupun pegawai itu sendiri melihat keadaan parkir tersebut.

“Semalam dapat satu saman dari trafik. Katanya saya parkir motor saya di tempat petak parkir kereta. Saya rasa pelik, sebab tempat ni lah yang saya selalu parkir motor saya.

“Kata trafik , itu adalah salah JKR, sebab JKR yang menentukan tempat tu sebagai parking lot. Trafik buka saman bagi saya menunjukkan trafik pun setuju tempat ni sebagai petak parking,” katanya.

Susulan rasa kesal, dia juga mencabar jika pihak pegawai trafik boleh memarkir kenderaan mereka di petak itu.Meninj

“Sekarang saya nak cabar trafik boleh dapat parking sebuah kereta dalam petak itu…? Itu jer, rasa trafik tu boleh dapat parking kan…Dari seorang rakyat biasa,” tulis sebuah laman Facebook Malaysia Today yang berkongsikan kisah itu.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang turut meluahkan rasa kesal kerana pegawai yang mengeluarkan saman langsung tidak menggunakan budi bicara dan empati.

Rata-rata menganggap bahawa sebagai pihak berkuasa, mereka mestilah bertindak logik sesuai dengan situasi kerana ketika ini ia terlihat seperti mereka terdesak untuk mengejar KPI semata-mata.

“Sebagai anggota polis pun nak keluarkan saman tu biarlah logik akal, jangan macam nampak sangat terdesak nak kejar KPI. Nampak sangat macam kurang ilmu kat situ. Memalukan. Sepatutnya sebagai anggota tu kena tunjuk dekat rakyat yang awak tu diberikan pendidikan yang hebat dari PDRM bukan buka saman membabi buta. Ingat kat dunia awak raja, akhirat akan disoal nanti,” tegur pengguna media sosial.

“Polis yang saman ni nak cukupkan KPI dia barangkali..saman..janji saman,” tulis pula pengguna lain.

Baca juga: 1MDB: Kerajaan mohon lucut wang tunai, banglo dan kereta rakan sekutu Jho Low

Baca juga: Harapan telah laksana sebahagian besar manifesto PRU, tak perlu guna modal basi ‘derita 22 bulan’