Selepas AS bagi amaran cuaca buruk, MET nasihatkan orang ramai bersiap sedia dan usah bimbang

Oleh NASUHA RAHMAN

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan amaran cuaca buruk kepada rakyat negara itu yang berada di Malaysia, hari ini Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) pula menasihatkan orang ramai agar bersiap sedia dan usah bimbang dengan amaran dari AS itu.

Menurut MET Pada setiap tahun negara mengalami monsun timur laut (MTL) atau musim tengkujuh dan dijangka bermula pada pertengahan November 2022 dan berakhir pada Mac 2023.

MET dalam kenyataannya hari ini menasihatkan orang awam untuk bersiap sedia sewajarnya dan tidak merasa terlalu bimbang dengan amaran cuaca buruk yang dikeluarkan pada laman web rasmi kedutaan AS kepada rakyat negara mereka di negara ini

“MET malaysia melakukan pemantauan cuaca secara berterusan 24 jam sehari sepanjang tahun dan amaran cuaca dikeluarkan sekiranya dijangka berlaku ribut petir hujan lebat berterusan angin kencang dan laut bergelora seta silikon tropika

“Amaran cuaca tersebut akan dihebahkan melalui pelbagai saluran kepada orang awam termasuk warga AS di Malaysia,” kata kenyataan itu.

Sehubungan itu, menurut MET orang awam disaran mengikut arahan agensi pengurusan bencana negara semasa kejadian banjir dan diminta untuk lebih peka dengan sebarang perubahan cuaca.

Terdahulu, AS mengeluarkan amaran cuaca buruk kepada rakyatnya di Malaysia sebagai persediaan berdepan hujan lebat, ribut dan banjir bermula bulan depan.

Berdasarkan amaran yang dikeluarkan di laman sesawang Kedutaan AS di Kuala Lumpur, Selasa lalu, rakyat negara itu diingatkan untuk bersiap sedia berdepan Musim Siklon Tropika di Laut Pasifik Selatan bermula 1 November ini hingga 30 April tahun depan.

Menurut amaran itu, Malaysia berisiko dilanda hujan ribut berpanjangan dan bencana banjir sepanjang Musim Siklon Tropika yang boleh menyebabkan bekalan utiliti terputus selama beberapa hari.

“Di Malaysia, siklon tropika kebiasaannya disusuli bersama ribut hujan berterusan dan banjir di beberapa kawasan di negara ini, termasuk Kuala Lumpur.

“Hujan lebat dan ribut kilat yang teruk boleh menyebabkan gangguan elektrik dan bekalan air terputus secara meluas.

Baca juga: Guru dianiaya hanya kerana tak setuju dengan guru besar, boleh lawan guna langkah ini…

Baca juga: Malaysia ambil iktibar rusuhan stadium di negara jiran