Seorang ejen jualan kosmetik dikenali sebagai Azi, 36, yang hilang diculik ke Thailand selama 19 hari, dilaporkan sudah dibawa pulang ke rumahnya semalam dengan bantuan pihak polis.
Memetik Kosmo!, Azi buat pertama kalinya kelihatan menangis teresak-esak apabila bertemu dengan keluarga suaminya di Kota Bharu hari ini.
Kelihatan Azi menangis sambil memangku seorang kanak-kanak dipercayai anaknya.
Azi, diselamatkan daripada penculik di Thailand hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia dan Polis Thailand Jumaat lalu.
Difahamkan, Azi masih trauma dan keluarganya tidak membenarkan dia diganggu buat masa ini.
Baca juga: Data SPRM terbaru dedah jumlah wanita terbabit dalam rasuah makin meningkat