Isteri kepada seorang ahli politik telah melakar pencapaian luar biasa apabila berjaya mendapatkan kontrak perdagangan arang batu di antara Malaysia, Indonesia, Singapura dan China selama 15 tahun.
Difahamkan beliau sudah mengusahakan bisnes tersebut 10 tahun yang lalu ketika mengandung anak ketiga dengan bekas suaminya yang juga seorang pelakon.
Vie Shanti Khan yang merupakan isteri kepada Ahli Politik Datuk Abdul Rahman Dahlan yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Belut Sabah.
Rahman Dahlan adalah Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno (dipilih) dan kini berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Sabah berkuatkuasa 1 Januari 2021.
CEO Black Stone Dagangan Sdn Bhd itu akan membekalkan arang batu atau batu bara kepada Asia Pacifik Geralton Limited Hong Kong,
Difahamkan beliau pada awal mula berniaga arang batu dengan hasil yang kecil selain menghadapi tekanan dan ujian dalam sektor ini kerana sangat-sangat mencabar dan ramai yang gagal, ia bukanlah bisnes yang mudah apalagi jika diusahakan oleh seorang wanita.
Tapi kali ini, usaha dari Vie Shantie terlebih luar bisa seperti mimpi menjadi nyata apabila 50 kali ganda impaknya dari apa yang telah diusahakan dulu.
Selain buat bisnes arang batu, Vie Shantie yang berkongsi kejayaanya itu di Instagramnya turut mengembangkan empayar busana muslimah. melalui jenama miliknya VHijrah.
Namun lain pula yang dikomen netizen selain mengucapkan tahniah atas kejayaan di sebalik susuk tubuh seorang wanita kacukan Pakistan ini.
Ramai yang tidak hairan macam mana Vie Shantie memperoleh kontrak 15 tahun itu kerana didakwa menggunakan ‘kabel besar’ sehingga ia menjadi satu pencapaian yang luar biasa.
Baca juga: Jangkaan ekonomi meleset dan Bajet 2023 – Pakar ini takut Malaysia jadi ‘kesan burung unta’
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio