Derita penyakit kencing manis sekian lama hingga saraf mata terpaksa dimatikan menyebabkan pelakon veteran ini tidak mampu bergerak kemana-mana dan terpaksa didukung anak-anak.
Pak Lan atau nama sebenarnya Roslan Saleh salah seorang pelakon lelaki veteran yang terkemuka di Malaysia.
Sebelum bergiat aktif dalam dunia lakonan, Roslan pernah bekerja sebagai guru.
Keadaan Pak Lan sangat lemah untuk bergerak ke mana-mana dan terpaksa dipakaikan lampin setiap hari.
Selain itu, kakinya pula tidak boleh bergerak langsung seperti kebiasaannya hingga terpaksa didukung oleh anak bongsunya setiap kali ingin dibawa ke mana-mana.
Disebabkan beliau menghidapi beberapa jenis penyakit kronik seperti kencing manis, tekanan darah rendah dan batuk kering beliau terpaksa berhenti berlakon.
Tindakan doktor untuk mematikan saraf penglihatan pelakon veteran ini ntuk menghilangkan rasa sakit dan pening kepala yang dihadapinya sejah bertahun-tahun lamanya.
Berita keuzuran Pak Lan ini dikongsi oleh seorang pendakwah Ustaz Hj Taufik UT menerusi Facebook miliknya yang menziarahi Pak Lan di rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah Melaka.
“Hari ni saya luangkan masa lagi menziarahi Pak Lan di rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Masjid Tanah Melaka. Keadaan Pak Lan sangat lemah untuk bergerak ke mana-mana & beliau terpaksa dipakaikan pampers setiap hari.
Kakinya tak boleh bergerak langsung seperti biasa & beliau terpaksa didukung oleh anak bongsunya setiap kali ingin dibawa ke mana-mana. Berat badannya juga susut akibat selera makan yang tak menentu.
Mohon sama-sama kita doakan Pak Lan akan dipermudahkan segala urusan & dapat menjalani kehidupan seharian dengan penuh ketabahan & kesabaran,” tulis Ustaz Taufik.
Baca juga: KL FC cipta sejarah masuki pusingan akhir Piala AFC setelah tewaskan kelab dari Uzbekistan
Baca juga: Hebatnya kasih seorang ayah demi lihat anak bahagia