Siap siaga bagi menghadapi banjir semua majikan diarah untuk membenarkan kakitangan mereka bekerja dari rumah sehingga 7 Oktober ini.
Ia susulan pihak kerajaan membuat persiapan menghadapi ancaman hujan yang lebat tanpa henti yang membolehkan kawasan berisiko menyebabkan banjir.
Arahan itu dikeluarkan oleh Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) agar penduduk bandar perlu bersiap sedia menghadapi hujan lebat yang melanda.
“Hujan lebat dijangka sejak semalam sehingga esok. Sebab itu, kami minta kerjasama dari semua syarikat agar membenarkan petugas mereka bekerja dari rumah atau pulang lebih awal bagi mengurangkan kesesakan pengangkutan awam,” katanya lapor Thaiger.
Beberapa hari lalu, hujan lebat menyebabkan banjir di kawasan jalan Chaeng Wattana sehingga menyebabkan kesesakan trafik .
Ketika musibah melanda, paramedik dilihat terpaksa meninggalkan ambulans mereka dan menolak pesakit dengan pengusung ke hospital sambil meredah banjir.
Langkah bekerja dari rumah dapat mengurangkan kesesakan trafik serta meningkatkan akses ke hospital.
Anggota tentera juga dikerahkan membantu penduduk yang terperangkap dalam banjir.
Sebanyak dua juta beg guni pasir diletakkan di lokasi berisiko banjir di seluruh Bangkok.
Baca juga: 5 Oktober 2022 berakhirlah politik katak di Malaysia-Undi rakyat tidak akan dikhianati lagi
Baca juga: Hebatnya kasih seorang ayah demi lihat anak bahagia