Pakatan Harapan Johor menzahirkan kekecewaan terhadap khabar angin yang sedang bertiup kencang ketika ini berkaitan pembubaran Parlimen dalam masa terdekat.
Harapan Johor mengulangi pendirian bahawa keutamaan pada ketika ini adalah untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi kebarangkalian besar risiko banjir, dan bukan sibuk membincangkan soal kuasa dan pilihan raya.
Pendirian tersebut diputuskan selepas pemimpin Harapan Johor selesai bermesyuarat lewat petang semalam.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengerusinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub di pejabat ADUN Simpang Jeram.
“Pakatan Harapan Johor menzahirkan kekecewaan terhadap perkara ini memandangkan negara sedang berhadapan kebarangkalian musim tengkujuh yang boleh menyebabkan banjir di banyak lokasi termasuklah Johor.
“Perkara ini telah pun diramalkan berdasarkan fakta, data dan sains menerusi kajian Jabatan Meteorologi Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun Harapan Johor menegaskan bahawa pihaknya akan tetap bersiap siaga sekiranya Parlimen dibubarkan bila-bila masa dari sekarang.
“Justeru, dalam memberikan fokus para petugas parti, kepimpinan setiap peringkat serta wakil-wakil rakyat Pakatan Harapan Johor untuk berdepan musim tengkujuh, kami juga akan tetap mempersiapkan jentera parti agar bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pembubaran dan perlaksanaan pilihan raya,” katanya.
Kenyataan tersebut dibuat bersama Pengerusi PH Johor Datuk Seri Salahuddin Ayub; dan tiga Timbalan Pengerusinya iaitu Aminolhuda Hassan, Syed Ibrahim Syed Noh dan Liew Chin Tong.
Baca juga: Bajet 2023: Gula-gula tanpa intipati banteras rasuah
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio