Orang ramai mengecam tindakan beberapa pelajar lelaki sebuah universiti yang dikaitkan dengan kepentingan Melayu dan Bumiputera sakan menari termasuk beraksi perempuan atau ‘menyotong’ di dalam kampus.
Reaksi awam itu susulan tersebarnya sejumlah klip video dengan salah satunya memperlihatkan gaya seorang pelajar lelaki menari dengan meliuk lentok badannya mengikut rentak lagu K-Pop.
‘Budak’ universiti yang seperti dalam fasa ghairah menari itu dilihat beraksi di atas pentas konvokesyen sebuah universiti awam lengkap dengan logo universiti dan imej tengkolok.
“Nak menari begitu pergi tempat lainlah, gila!
“Malu aku kalau jadi mak dia. Anak menari macam sotong. Dik, kau jantan.
“Sedih aku tengok. Patah sana patah sini. Sekali aku terajang kau ni baru ada akal,” demikian antara kecaman warganet.
Selain itu, satu klip video tarian lain versi ‘keras’ pula dilakukan dua pelajar lelaki dengan salah seorangnya berbadan agak berisi manakala seorang lagi kurus.
Kedua-duanya selamba dan bersungguh-sungguh menari dipercayai di dewan kuliah dengan rakan-rakan lain dilihat terhibur sambil ada antaranya membuat rakaman video dan gambar semasa persembahan mengaibkan itu.
Untuk rekod, minggu ini menyaksikan ribuan pelajar baharu ijazah pertama mendaftar di Universiti Awam (UA) bagi sesi akademik 2022/2023.
Baca juga UiTM ‘trending’ hari ini gara-gara pelajar tayang keputusan peperiksaan
Baca juga Alahai sedihnya, dua beradik ini maut digigit anjing