Dewan Negeri Selangor tidak bubar, tumpu bantu mangsa banjir

Oleh KIM SYAZIE

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan agar pentadbiran Selangor diteruskan dan tidak dibubar, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amiruddin Shari.

Beliau berkata, beliau telah menghadap Sultan Selangor dan menyembah maklum komitmen kerajaan negeri dalam mendepani kemungkinan banjir di negeri itu.

“Saya telah menyembah maklum komitmen dan persiapan kerajaan negeri dalam mendepani kemungkinan situasi banjir di Selangor.

“(Termasuk persiapan dalam) usaha pemulihan ekonomi, bantuan kebajikan, serta persiapan Belanjawan Selangor 2023 yang akan dibentangkan dalam sesi Dewan Negeri Selangor pada tahun ini.

“DYMM Tuanku berkenan agar pentadbiran ini diteruskan supaya dapat memfokuskan usaha menjamin kesejahteraan rakyat Selangor,” katanya dalam satu kenyataan terbaru hari ini.

Pada semalam, Datuk Seri Ismail Sabri mengesyorkan Ketua-ketua Kerajaan Negeri kecuali Sabah, Sarawak, Melaka dan Johor mengambil tindakan sewajarnya iaitu membubarkan DUN masing-masing pada tarikh yang sama dengan Parlimen.

Kerajaan Selangor bagaimanapun memuktamadkan tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan pembubaran Parlimen.

Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor ketika ditemui semalam juga mengatakan bahawa PH kekal berpendirian tidak mahu mengadakan PRU15 pada tahun ini dengan mengambil risiko kemungkinan banjir.

Baca juga: Individu ini dedah gaji warga asing di Malaysia sekitar RM4,000 hingga RM6,000 kalah gaji graduan

Baca juga: “Walau Ismail jadi ‘poster boy’ tapi yang berkuasa adalah Zahid”, rakyat diseru tolak kleptokrat dari berkuasa