Kejohanan lumba basikal bertaraf internasional, Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang telah bermula pada 11 Oktober sehingga 18 Oktober akan sampai ke peringkat 5 sejauh 172 kilometer (km) pada 15 Oktober.
Di mana pada hari ini bermula lokasi pelepasan dari Dataran Kuala Kangsar, Perak pada pukul 12.30 tengahari dan tamat di Dataran Kulim, Kedah dengan jangkaan masa sampai sekitar 4.36 petang.
Menurut makluman Polis Diraja Malaysia (PDRM) penutupan jalan dan lencongan secara berperingkat bagi semua jenis kenderaan akan dilaksanakan oleh PDRM dengan kerjasama kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan bagi mengawal kelancaran lalu lintas serta keselamatan di lokasi yang terlibat.
Malah keesokannya, pada hari Ahad, 16 Oktober 2022 pula peringkat ke 6 mulai dari Padang Kota, Georgetown sehinggalah ke Masjid Zahir, Alor Setar sejauh 120.4 km dimana pelepasannya adalah pada pukul 9 pagi dari Georgetown dan dijangka sampai ke lokasi penamat di Alor Setar, Kedah pada pukul 11.56 pagi.
Manakala peringkat ke 7 adalah dari Pekan Kuah, Langkawi sehinggalah ke Gunung Raya, Langkawi pada hari Isnin 17 Oktober sejauh 90.8 km yang skan dilepaskan pada jam 2.15 petang di Pekan Kuah dan lokasi penamatnya adalah di Gunung Raya, Langkawi.
Sementara itu pada hari terakhir 18 Oktober 2022 bagi peringkat ke 8 sejauh 115.9 km, lokasi pelepasan adalah bermula dari Pekan Kuah, Kedah pada hari selasa, jam 1.30 petang dan dijangka sampai pada jam 4.18 petang di Pekan Kuah, Langkawi.
Baca juga: Kereta terbang keluaran China untuk riadah buat penerbangan pertama kali di Dubai