Rakyat khususnya golongan undi 18 yang pertama kali mengundi diingatkan supaya tidak tersalah pilih dalam pilihan raya umum (PRU) ke-15 kali ini kerana ia akan memberi kesan panjang selama 5 tahun.
Adun Permatang Pasir, Faiz Fadzil berkata golongan undi 18 sewajarnya membuat pilihan dengan bijak dan menolak BN serta Umno dari terus berkuasa sekali lagi.
“BN dan Umno tidak harus diberi sedikit pun sokongan kerana sejarah 2015 membuktikan rakyat dipaksa untuk membayar cukai GST dan akan berulang selama 5 tahun lagi sekiranya mereka mendapat mandat kali ini.
” Mereka juga membuatkan rakyat derita dan sengsara dengan memotong dan mengurangkan subsidi sehinggakan harga barangan meningkat naik, rakyat terdesak, merana dan tidak terbela.
“Sekiranya BN dan Umno terpilih, yakinlah pimpinan mereka juga akan mengacau bilaukan sistem kehakiman dan perundangan bagi melepaskan diri terhadap pelbagai pertuduhan sehinggakan sanggup mendakwa bahawa dakwaan yang dibuat adalah dakwaan terpilih, sedangkan ada bukti ketara wujudnya transaksi masuk dan keluar jutaan ringgit,” ujar beliau semasa ceramah PH di Penaga, Kepala Batas malam tadi.
Sarannya, orang muda perlu bangun dan bangkit serta tidak harus membiarkan perasuah dan penyagak berterusan memerintah negara serta PH telah pun bersedia untuk menyelesaikan masalah rakyat dibawah.
Tambah beliau PH amat memerlukan undi orang muda bagi merealisasikan perubahan serta memastikan Putrajaya sekali lagi diterajui demi membela nasib rakyat.
Baca juga: Hakim isytihar pertuduhan tidak berasas – Apa nasihat aktivis ini untuk Pas?
Baca juga: Eh, gigih betul sampai sanggup ukir nota pada pen