Ribut Tropika Kuat Nesat kini berada di kedudukan 19.7°U 117.2°T di barat laut Filipina dijangka bergerak ke arah barat menuju Pulau Hainan. Keadaan ini menyebabkan angin kencang di Laut China Selatan.
Ramalan terkini menunjukkan sistem ini dijangka meningkat ke tahap Taufan menjelang malam ini.
Sehubungan itu Jabatan Meteorologi Malaysia (MET) Malaysia telah mengeluarkan amaran hujan berterusan (waspada) untuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan hingga 18 Oktober 2022.
Dalam masa yang sama amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama telah dikeluarkan pada 9.50 malam 15 Oktober dengan kelajuan angin antara 40 hingga 50 km/jam dan ketinggian ombak mencapai 3.5 meter fijangka boleh berlaku di kawasan perairan Laut China Selatan khususnya di perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Plawan dan Labuan dalam tempoh 18 hingga 20 Oktober 2022.
Orang awam di kawasan terlibat dinasihatan untuk lebih peka dan bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.
Maklumat cuaca terkini boleh diperoleh mellaui laman web aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi.