Hutang kereta punca ramai anak muda muflis

Oleh ARIF ATAN

Penasihat kewangan berlesen Dr Adam Zubir berpendapat hutang kereta menjadi punca ramai anak muda muflis.

Berdasarkan pemerhatiannya, beliau berkata, keadaan itu berlaku kerana mereka membeli kereta melebihi kemampuan kewangan yang kadang-kadang dipengaruhi gaya hidup dan kawan.

“Hutang kereta punca ramai muflis. Bila salah beli kereta gelap masa depan. Kereta adalah liabiliti.

“Lebih baik beli kereta murah dulu dan kalau hendak naik taraf boleh dilakukan kemudian ketika kedudukan kewangan stabil dan mantap,” dipetik BH hari ini.

Sehubungan itu, beliau menegaskan, bukan masa yang sesuai sekarang untuk membuat hutang ‘mahu’ dan ‘baharu’ iaitu pinjaman untuk menaik taraf kereta, rumah dan sebagainya.

Sebaliknya, beliau yang juga pengasas bersama dan Pengarah Absorich Sdn Bhd berkata, orang ramai lebih wajar membina semula simpanan dengan mempunyai tabung simpanan kecemasan mencukupi bagi tempoh enam bulan.

“Kalau dunia berdepan kegawatan, Malaysia juga akan terkesan walaupun ekonomi Malaysia dilaporkan baik sekarang,” tambah Dr Adam lagi.

Baca juga Ajak dia yang menyalak ‘bersembang’? Ini 5 tips berdepan anjing yang cuba ‘sakat’ anda di jalanan

Baca juga Makan lobak untuk elakkan rabun sebenarnya mitos, hanyalah kempen masa perang dunia kedua