“Nak sambut tetamu ok, tapi jangan over”- Ada kata rindu, sebak tengok Mawla terbayang Nabi Muhammad SAW

Oleh NASUHA RAHMAN

Hari ini bukan main ramai komen tentang Mawla Muhammad Amin. Saya dah komen di awal kedatangannya dulu, malah di Live TikTok ‘Kaka’ (kes isu Madrasah) minggu lepas pun saya ada berbuat demikian tentang isu taksub.

Komen saya ia bukan soal isu keturunan atau tidak. Jika sekadar ahlul bait beribu di Malaysia keturunan ahlul bait dari keturunan Syed, Sayyid dan sebagainya. Bezanya tak cukup hensem dan ramai pandai cakap bahasa Inggeris dari pandai bahasa Arab.

Pernah dengar orang bergurau kalau nak kahwin biar dengan org Arab. Kalau bergaduh bapa ingat menantu dia tengah berdoa. Sebab itu bila orang sebut Innalilah kena marah…‘ Eh dia belum mati lagi la’.

Jadi saya mencari di mana keistimewaan lelaki kacak ini? Adakah dia seorang ulama yang tinggi ilmunya hingga ramai mencium dan sampai mengupas kulit udangnya?

Kalau komen kaum wanita di FB dan TikTok dah mcm Zulaikha zaman Nabi Yusuf. Bila ada netizen bertanya kenapa Maula kontrol hensem dengan sunglassesnya… fuh apa jawapan… ‘untuk mengawal panahan mata dari godaan’. Aduh… itu memang style orang kita.

Ada yang kata rasa rindu dan sebak melihat Maula terbayang bayang Nabi Muhammad. Yang lain pun menyambut dengan pelbagai reaksi taksub.

Saya mencari-cari apa Kitab dan hadis mana yang dihujahkan oleh Maula untuk saya mengkagumi ilmunya. Ada Ustaz kata satu hadis yang disampaikan, hadis tak sahih atau palsu.

Bila ada yang meragui mereka berkata inilah fitnah akhir zaman.

Kita boleh terima jika dia hadir sebagai tetamu. Cuma tak perlulah over sangat mcm menyambut ulama-ulama besar atau Imam Mahdi. Bersederhana sahajalah dan selalu saya melihat di rantau Asia Tenggara golongan ini diraikan sebegitu rupa.

Cuma satu sahaja saya perasan dan agak pelik. Semalam saya ada menonton klip video yg disend oleh Maula yang sudah tiba di kampung halamannya.

Jika di sini ramai yang ambil video, selfie dan bergambar dengannya… di sana dia selfie sendiri video rakamannya berseorangan.

Takkan orang Maghiribi tak mahu muliakan dia sepertimana lebai-lebai dan Ustazah di Malaysia raikan? Cuba cari Youtube mana-mana pentas agama dia mengajar bab hukum atau hadis tapi tiada.

Sebab di Malaysia dia hanya ceritakan mengenai salasilahnya.

Saya tak salahkan Maula tapi melihat ragam orang Melayu melayaninya over sangat. Yang bagusnya Maula dia tak buka nombor akaun…kalau buka tak tahu ribu riban masuk.

Baiklah jika betul Maula keturunan Nabi tak mengapa sebab seperti saya katakan di Malaysia ramai salasilah baginda.

Apapun yang lebih penting pada pandangan Tuhan ketakwaan kita adalah jauh lebih penting disisiNya.

Cuma nak beritahu Mail XPDC, Dato Jojo dan Syed Saddiq itu juga keturunan ahlul bait. Bezanya mereka tak pandai bahasa Arab. Seorang pandai menyanyi, sorang pandai berniaga dan sorang pandai berpolitik.

Baca juga: “Nak hiris bawang jangan main belasah je”-Jenis hirisan, potongan ada yang tidak sesuai untuk resepi

Baca juga: Pesawat tentera Rusia terhempas di bangunan kediaman