Malaysia Dateline

“Nak hiris bawang jangan main belasah je”-Jenis hirisan, potongan ada yang tidak sesuai untuk resepi

Mak-mak di dapur kalau hendak hiris bawang jangan ambil mudah saja, kena tahu jenis hirisan atau potongan bawang, kerana ia mempengaruhi rasa sesetengah resepi yang kita masak.

Tidak dinafikan mak-mak yang mengambil mudah dengan memotong atau menghiris bawang ikut suka mereka apatah lagi apabila hendak cepat menyiapkan juadah untuk kaum keluarga.

Penting ke potongan ni semua? Sesetengah resepi, penting sebab lain cara potong boleh mempengaruhi rasa masakan dan tempoh memasak. Jadi kena teliti resepinya sebelum mula memotong.

Sebenarnya cara potong masing-masing ada nama, kegunaan dan masanya tertentu untuk guna. Sesetengah potongan tak sesuai untuk sesetengah resepi.

Misalnya masak kicap ada jenis potongannya yang boleh membuatkan masakan kita lebih sedap, begitu juga potongan bawang untuk menumis semuanya ada peranan masing-masing.

Nak hiris bawang jangan main belasah je-Jenis hirisan, potongan ada yang tidak sesuai untuk resepi

Ini merupakan perkongsian dari seorang pengguna Facebook Mohammad Faeez Harith yang menunjukkan cara potongan bawang yang boleh dijadikan panduan untuk masakan kita lebih enak dan sedap.

1) Potong.

Potong maksudnya bawang akan dipotong secara melintang. Bermula dari potong akan menghasilkan potongan gegelung dan mayang.

2) Gegelung.

Mula dari potong, dan diulang-ulang mengikut ketebalan yang dikehendaki. Potongan gini biasa untuk masak kicap, masak merah untuk ayam, telur atau ikan.

3) Mayang

Hirisan halus tetapi melintang, kebiasaannya untuk membuat bawang goreng atau ditumis.

4) Belah

Potongan secara menegak untuk menghasilkan potongan yang lainnya.

5) Baji

Juga disebut ‘wedges’ dalam Bahasa Inggeris. Biasanya potongan ini diguna untuk hiasan, seperti dalam sup atau kari dan juga untuk kebab.

6) Hiris

Potongan nipis, halus secara menegak yang berulang-ulang. Untuk ditumis atau dibuat ulam / rencah sambal/budu/cencaluk dsb.

7) Dadu

Biasanya untuk buat cekodok/jemput-jemput bilis atau bawang.

8) Dadu kecil / cincang kasar

Untuk tumisan nasi goreng, mi goreng dsb.

9) Cincang

Untuk perapan, tumisan dan sebagainya.

Selamat memasak!

Baca juga: “Zaman PH tiada tindakan guru bersuara, kita jadikan mereka kawan undang ke pejabat”-Maszlee

Baca juga: Demi PRU15, 7,700 anggota Polis Kontinjen Kuala Lumpur bersiap sedia