Baru-baru ini timbul berita yang tidak enak mengenai pelakon Hong Kong Jackie Chan yang dikatakan mengabaikan tanggungjawabnya terhadap anaknya sehingga darah dagingnya hidup merempat menjadi gelandangan.
Anak perempuan Jakie Chan itu Etta Ng menjadi bualan netizen apabila dia dilihat beratur untuk mendapatkan makanan secara percuma di Toronto, Kanada.
Anak perempuan pelakon popular itu dilihat sedang beratur untuk mendapatkan makanan percuma yang diagihkan kepada golongan yang memerlukan atau lebih dikenali sebagai ‘gelandangan’ di Toronto, Canada, tempat tinggal Etta sekarang.
Dilaporkan perempuan yang berusia 22 tahun itu berdiri dalam barisan di kalangan kebanyakan wanita pertengahan umur atau lebih tua dengan beg biru diletakkan di hadapannya.
Menurut netizen di Hong Kong juga, Etta Ng mencari perbelanjaan atau wang dengan bekerja di sebuah restoran di Chinatown.
Etta Ng merupakan anak hasil hubungan sulit Jakie dengan Elanie Ng, iaitu bekas Miss Asia 1990 yang juga seorang model.
Pada tahun 1999, Elaine Ng diketahui mengejutkan orang ramai dengan mengumumkan bahawa dia hamil anak Jackie Chan.
Elaine berpindah dari Hong Kong ke Shanghai selepas melahirkan anak perempuannya, Etta Ng, pada 19 November 1999. Elaine diketahui membesarkan anak perempuannya sendiri.
Apabila Elaine bergelut untuk menyara dirinya dan anaknya, dia pernah cuba meminta wang kepada Jackie Chan, tetapi, pelakon Rush Hour dan Shanghai Noon itu tidak pernah memberi mereka wang.
Selama bertahun-tahun, Jackie tidak pernah mengakui kewujudan anak perempuannya.
Dia memang mengaku menjalinkan hubungan sulit dengan Elaine, tetapi tidak pernah menyebut keberadaan Etta.
Pada tahun 2018 pula, Etta mendakwa dirinya gelandangan dan dia tidur di bawah jambatan di Hong Kong.
Bahkan, anak perempuan Jackie Chan itu tidak tahan hidup merempat dan merayu untuk memberi bantuan bersama teman wanitanya telah membuat pengakuan terbuka dalam usaha untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan,lapor The Vocket.
Etta Ng juga tidak tinggal bersama dengan ibunya, Elaine Ng di Hong Kong, kerana Etta mendedahkan bahawa dia ‘lesbian’ bersama teman wanitanya, Andi Autumn.
Mereka hidup merempat selepas kehilangan tempat tinggal selama sebulan akibat ibu bapa yang bersikap homofobia (takut atau sangat bencikan homoseksual).
Memetik artikel scmp.com, menyatakan Etta pernah berkata dia tidak pernah mahu berjumpa dengan kedua-dua orang tuanya.
Selain itu, dalam artikel yang sama, Jackie Chan dilaporkan tidak menyokong Etta dan ibunya, Elaine dari segi kewangan.
Dalam pada itu, hubungan Etta dengan ibunya dikatakan rumit dan kecoh apabila mereka berdua membuat komen negative antara satu sama lain di media sosial.
Baca juga: “Nak hiris bawang jangan main belasah je”-Jenis hirisan, potongan ada yang tidak sesuai untuk resepi