Aksi pelajar kejuruteraan di Filipina tular di media sosial gara-gara kreativiti mereka untuk mengelakkan penipuan semasa peperiksaan.
Mereka dari Kolej Kejuruteraan Universiti Bicol memakai topeng, topi dan topi keledar ‘anti-penipuan’ ketika menduduki peperiksaan pertengahan penggal pada 17 dan 18 Oktober lalu.
Mulanya, pensyarah mereka, Profesor Mary Joy Mandane-Ortiz meminta pelajar menyediakan penutup kepala untuk peperiksaan pertengahan penggal, lapor The Straits Times.
Namun, amat mengejutkannya apabila pelajar terbabit menyahut cabaran itu dengan cukup serius sehingga mendapat banyak perhatian dan menghiburkan warga maya.
Ada yang menggunakan penyangkut baju selain memanfaatkan bahan kitar semula seperti karton telur dan beg kertas.
Turut digunakan ialah topi keledar motosikal dan tuala bahkan melukis pada penutup kepala mereka.
Baca juga Ancaman bencana banjir Monsun Timur Laut: Ini senarai persiapan sekolah, bomba dan TNB wajib tahu
Baca juga Hubungan paling jijik, suami akhirnya pilih anak tiri usia 18 tahun sebagai pasangan