Menjelang penamaan calon sudah tentu setiap calon yang akan bertanding akan menggunakan peguam yang ada ilmu pilihan raya kerana dibimbangi kertas pencalonan akan ditolak akhirnya gagal untuk menjadi calon PRU15 nanti.
Seorang peguam Dr Zulqarnain Lukman menjelaskan kertas pencalonan menjadi pertaruhan yang terakhir untuk seseorang calon sebelum disah boleh bertanding nanti.
Malangnya melalui kertas pencalonan yang nampak ‘simple’ sahaja tetapi kerana borang ini juga pencalonan akan ditolak pada hari penamaan calon.
Justeru katanya, cara paling selamat ialah dengan mengupah peguam untuk menyemak kertas pencalonan yang penting peguam itu mestilah sudah khatam segala kitab pilihan raya.
“Kalau khatam kitab tafsir atau hadis belum dikira alim lagi dalam ilmu pilihan raya,” kata beliau.
Menurut Pengerusi Biro Undang-Undang AMANAH (Kanun) ini juga pada PRU14 terdapat seramai 10 borang pencalonan ditolak atas pelbagai faktor.
Pecahannya adalah 3 calon Parlimen iaitu di Bayan Baru, Batu dan Kapit serta 7 Dun iaitu di Penaga, Machang Bubuk, Batu Uban (Penang), Sungai Rapat (Perak) , Subang Jaya (Selangor), Bukit Pasir dan Skudai (Johor).
Justeru katanya, mana-mana calon yang tidak tahu mengisi borang pencalonan beliau percaya ramai peguam sudah buka kaunter konsultasi undang-undang pilihan raya dan mengisi borang pencalonan.
Katanya, pakej isi borang pencalonan serendah RM 1000 untuk seorang calon dan jaminan wang akan dikembalikan kalau borang pencalonan ditolak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Duit akan dipulangkan dalam tempoh 24 jam.
“Kaya weh kalau dapat projek semak kertas pencalonan ini. Ada 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dun dipertandingkan dalam PRU 14. Ada 687 calon parlimen dan 1,646 calon Dun semasa PRU 14. Kalau dapat semak 100 borang pun dah RM 100k,” katanya.