Gugur jantung tengok video kanak-kanak bermain dekat tebing tingkap, netizen bengang ibu bapa cuai

Oleh KIM SYAZIE

Tular di media sosial satu video menunjukkan dua kanak-kanak dibiar bermain bersendirian di tebing tingkap tidak berpagar di sebuah rumah di Kuala Lumpur.

Menerusi video yang dirakam dari rumah seorang jiran, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dilihat bermain dan melompat di atas tebing berkenaan.

Jirannya kemudian menjerit meminta kanak-kanak itu berhenti melompat dan menunggu dia datang.

“Tolonglah mak ayah beri perhatian! Terkejut tengok. Anak-anak ingat tu tempat main kot. Si baby pun ada.

“Dah buat laporan ke management office. Ada jiran rekod dan kongsi dekat group.

“Allahu. Wajib pasang grill kalau ada anak kecil,” kata pemilik video berkenaan, Reff Lia.

Kejadian difahamkan berlaku di di Jalan Langkawi, Taman Setapak, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, individu berkenaan kemudian memaklumkan bahawa kanak-kanak tersebut berada dalam keadaan selamat selepas ibu bapa mereka menyedari hal tersebut dari kumpulan WhatsApp penduduk.

Sementara itu dalam siasatan berhubung perkara ini, pihak polis mendapati ketika kejadian ibu bapa kanak-kanak berkenaan berada di dalam rumah dan tidak menyedari kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata, ibu bapa kepada kanak-kanak itu juga telah dipanggil untuk diambil keterangan dan dibenarkan pulang malam tadi.

Baca juga: Kakak mengaku tidak bersalah tiada niat bunuh adik-Mahkamah benarkan diikat jamin RM10,000

Baca juga: 4 hari bersalin dah keluar tolak ‘stroller’, Dr Amalina beri 8 amalan lepas bersalin, yang penting kena ‘enjoy’