Benarkah rumah bersepah petanda ibu bapa yang baik atau sebenarnya anak tak diajar berdisiplin?

Oleh NASUHA RAHMAN

Benarkah rumah yang bersepah dengan mainan anak-anak menunjukkan ibu bapa mereka seorang yang sangat baik dan memahami jiwa mereka atau anak-anak tidak diajar untuk berdisiplin?

Tidak dinafikan ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai sudah tentu tidak dapat mengawal sepenuhnya tingkah ;aku mereka terutama ketika bermain di rumah.

Ada segelintir ibu bapa menyifatkan rumah yang 24 jam kemas sama ada anak-anak mereka sakit, ibu kelihatan seperti singa atau belum ada anak lagi. Betulkah?

Perkongsian pengguna Facebook Zulwa yang menyifatkan rumah bersepah kerana ibu bapa yang sangat baik dan memahami anak-anak mereka.

“Jika anda pergi ke rumah seseorang yang mempunyai anak kecil, rumah bersepah.

“Selimut berselerak..mainan berselerak.

“Lantai rumah berpasir dan sebagainya,” katanya.

Keadaan rumah bersepah ini jangan ditanya walaupun di dalam hati.

” Mak dia buat apa tu”?

“Korang… Korang pernah tengok tak? 5 minit selepas mengemas, akan disepahkan semula.

“Setengah jam selepas disapu, kaki yang keluar akan membawa pasir lagi.

“Rak pinggan, tong sampah pun boleh jadi sasaran. Apa2 yg boleh hampir semua akan disepahkan.

“Mesti dilakukan oleh kanak-kanak kecil.

“Ada orang cakap, tolong beritahu anak dia ajar dia jangan bersepah”

“Helllloowww!! Cubalah sendiri!” tulis beliau.

Baginya kanak-kanak ini telah menggamit memori zaman kanak-kanaknya dahulu.

Katanya, rumah yang sentiasa berselerak oleh anak adalah petanda ayah ibunya baik dan istimewa membiarkan anak kreatif mengikut bakat yang ada.

Dalam masa yang sama ibu bapa akan merindui telatah anak-anak mereka apabila besar nanti

Perkongsian ini rata-rata membuatkan mak-mak tidak bersetuju kerana rumah bersepah boleh diatasi dengan mengajar anak-anak berdisiplin.

Tidak semestinya rumah tidak bersepah kerana mak macam singa sebab apabila anak-anak dididik berdisiplin menyimpan semula mainan mereka semuanya kembali kemas.

Baca juga: Sambut Halloween: “Arab kalau ‘gila’ memang lagi ‘gila’ dari barat”