Telatah sepasang kanak-kanak dipercayai adik beradik semasa berdepan orang tua mereka mengundang rasa lucu warganet.
Si abang dilihat teragak-agak untuk memberitahu apa yang berlaku sebaliknya si adik kemudiannya hanya ketawa mungkin tidak tahu dia dah buat salah besar.
“Jangan marah saya. Saya hanya mahu beritahu bahawa dia (adik perempuan)… ia adalah perkataan yang (tak senonoh)… jangan marah saya… dia kata sh*t,” kata si abang dengan berhati-hati dan seperti serba salah.
Sejurus selesai kanak-kanak lelaki itu mengadu, budak perempuan di sebelahnya yang sejak awal memerhati dan mendengar selamba sahaja ketawa.
Aksi comel dengan dua personaliti berbeza kanak-kanak berkenaan yang masing-masing memegang gula-gula menarik perhatian orang ramai.
“Saya suka bahasa badan budak lelaki itu. Selesai mengadu, dua menjatuhkan tangannya ke sisi. Si adik pula kemudiannya ketawa.
“Comel gelak dia. Macam mana nak marah dia. Dia nakal tapi comel, semua dalam satu masa.
“Bukti-bukti yang dibawa ke mahkamah yang mulia tidak sepadan dengan jenayah dan pelaku sudah menghidu kemenangan,” seloroh warga maya.
Dalam masa sama, orang ramai juga secara bergurau si abang dapat mengekalkan tingkah laku baiknya tanpa “dipengaruhi” dengan perangai si adik.
“Saya harap dia tidak pernah berubah. Dia hebat. Saya harap dia (si adik) tidak mempengaruhinya,” usik netizen lagi.
Baca juga Dijanjikan RM5,195 jadi pelayan kasino tapi rupanya hanya ‘scammer’, dua bulan tidak dibayar gaji
Baca juga Jiran asyik merungut anak bising waktu tengah malam, bila tunjuk bukti terus terdiam