Malaysia Dateline

Dijanjikan RM5,195 jadi pelayan kasino tapi rupanya hanya ‘scammer’, dua bulan tidak dibayar gaji

Terperdaya lantaran dijanjikan bayaran gaji sebanyak AS$1,100 (RM5,195) sebulan tetapi dipaksa jadi ‘scammer’ dengan terpaksa menandatangani kontrak untuk ‘kerja’ itu selama enam bulan.

Namun, apa yang menyakitkan apabila hanya dibayar separuh iaitu AS$500 (RM2,361) pada bulan pertama dan kedua manakala bagi bulan ketiga dan keempat langsung tidak dibayar.

Itu azab ditanggung Ahmad, 34, dan enam anak Johor yang terkandas di Kemboja akibat ditipu sindiket pekerjaan sejak beberapa bulan lalu, lapor Sinar Harian.

Menurutnya, sebaik tiba di Phnom Penh, mereka dihantar ke sebuah kampung dan ditawarkan pekerjaan sebagai ‘scammer’ tidak sebagaimana yang digambarkan.

Sementara itu, seorang lagi mangsa dikenali sebagai Zaleha, 30, berkata, dia bersama tunangnya sepakat menerima tawaran pekerjaan itu untuk mengumpul wang bagi majlis perkahwinan mereka.

“Kami ditawarkan pekerjaan dengan gaji lumayan oleh seorang kenalan tunang saya dan kami menerimanya untuk mengumpul belanja kahwin.

“Saya juga tidak beritahu kepada keluarga dan hanya memaklumkannya setelah tiba di Kemboja.

“Setelah beberapa bulan terkandas, saya bersyukur akhirnya berjaya melepaskan diri dan pulang ke Malaysia,” kata Zaleha.

Baca juga Selepas 60 peratus pelari denai mohon tangguh, MMTF 2022 dianjak seminggu lepas PRU15

Baca juga Anwar berhenti tidak sampai sehari bekerja, Najib dan Mahathir kemudiannya ceburi O&G