Husam jawab fitnah RPK- Pihak yang upah RPK sila buat laporan polis hari ini juga!

Oleh NASUHA RAHMAN

Calon Parlimen Pasir Mas Pakatan Harapan Datuk Husam Musa mencabar pihak yang mengupah Raja Petra Kamarudin (RPK) atau yang digelar beliau Raja Fitnah Malaysia berhubung kelulusan tanah balak agar membuat laporan polis pada hari ini juga.

Menurut Husam fitnah yang dilemparkan oleh RPK bukan fitnah yang baru tetapi fitnah yang dicanangkan sekian lama tetapi sampai sekarang tidak ada seorang pun yang membuat laporan polis terhadap Husam.

Bagi Husam menyaman RPK adalah sia-sia kerana dia sudah bankrap apatah lagi sudah lari ke luar negara kerana banyak sangat saman fitnah yang sedang menunggu dia di negara ini.

“RPK acap kali fitnah saya dan orang lain juga

“Dia ni bankrap nak saman dia dari segi undang-undang macam sia-sialah.

“Kita nak jawab tapi dia dah lari ke UK tak ada di Malaysia, semua tahu sebab apa sebab banyak saman fitnah yang tunggu dia,” kata Husam.

Pendirian Husam, dia akan saman seseorang yang ada ‘locus standi’ yang dirasakan boleh menang seperti dalam kes beliau dengan pegawai PKINK di mana Mahkamah Tinggi memberi kemenangan padanya.

“Kalau betul Husam yang dibenci oleh RPK…bagi pihak orang yang upah RPK ini buat laporan polis hari ini juga,” katanya.

Husam berkata demikian susulan fitnah ke atasnya yang mengubah minit mesyuarat Exco Kerajaan ketika pentadbiran Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz berhubung kelulusan tanah balak kepada DAP.

Menurut Husam fitnah ini sangat besar dan ia merupakan satu jenayah teruk, sepatutnya wajar dilapor polis sejak 10 tahun lalu.

“Adapun fitnah kata saya tikam Tok Guru dan dengan ubah minit mesyuarat kononya dengan cara itu Exco tak lulus pemimpin DAP dapat balak dan saya dikatakan nak bagi lulus juga kepada DAP ini, saya ubah minit Mesyuarat Exco, ini kes jenayah teruk yang besar!,” bidas Husam.

RPK dicadang ‘call’ Presiden Pas

Husam juga cabar sesiapa sahaja boleh buat laporan polis ke atasnya sama ada Exco tertinggi Kerajaan Pas Kelantan sama ada menteri besar, timbalan, setiausaha kerajaan negeri, pegawai undang-undang atau ahli Pas.

“Ini dah berapa tahun mungkin dah 10 tahun lebih tak ada terlintas ke untuk buat laoran polis? Untuk Husam masuk penjara duduk bersama-sama penjenayah kewangan negara yang lain?

“Sy cadangkan RPK call Ustaz Hadi buat laporan polis.

“Kenapa saya suruh call Ustaz Hadi sebab saya lihat RPK ada perjumpaan mesra di majlis makan malam dengan pemimpin-pemimpin Pas termasuk MB Terengganu, Presiden Pas.

“Saya tak ada chance nak makan malam dengan RPK maklumlah saya orang kecil je…pemimpin Pas dengan 10 orang layan Raja Petra, raja fitnah duduk sekali berbincang.

“Fisabilillah dengan fitnah orang?” bidas Husam.

Menurut Husam fitnah terhadapnya dicanang semula mungkin kerana beliau dicalonkan untuk kerusi Pasir Mas bagi tiket Pakatan Harapan

“Tiba saya naik nama dalam TikTok RPK mungkin selepas saya jadi calon PH Pasir Mas di mana saya ada nilai tambah, RPK tak senang duduk maka dia ‘attack’ saya.

“RPK raja fitnah Malaysia paling pakar untuk fitnah ke atas seseorang bagi membunuh karier politik,” kata beliau video di Youtube.

Baca juga: Sambut Halloween: “Arab kalau ‘gila’ memang lagi ‘gila’ dari barat”

Baca juga: Tak lupa Bahasa Malaysia di negara orang, Khairul Aming dapat pujian warganet