Ibu muda anak dua nafi pukul kepala suami guna telefon bimbit

Oleh ARIF ATAN

Seorang ibu muda yang mempunyai dua anak dituduh hari ini di Mahkamah Majistret Ayer Keroh memukul kepala suaminya menggunakan telefon bimbit hingga cedera, awal September lalu.

Bagaimanapun, tertuduh, Noor Nazira Che Ghani, 25, mengaku tidak bersalah sejurus dibacakan pertuduhan di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman.

Suri rumah itu didakwa mendatangkan kecederaan terhadap suaminya, Ezwan Elias, 27, dengan memukul kepala mangsa dengan telefon bimbit di sebuah pangsapuri di Taman Saujana Puri, Bukit Katil kira-kira jam 11 malam pada 6 September lalu.

Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara dua kali ganda tempoh maksimum atau denda atau sebat.

Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri menawarkan jaminan RM2,000 dengan syarat tambahan penjamin adalah dalam kalangan ahli keluarga tertuduh.

Tertuduh merayu jaminan dikurangkan atas alasan tidak bekerja; dalam proses bercerai dengan suami; mempunyai dua anak berusia lima tahun dan setahun lima bulan serta tinggal dan bergantung sepenuhnya dengan ibu bapa.

Baca juga Jika mahu Islam memimpin, bukan hanya berceramah dan tampal pelekat ayat al-Quran

Baca juga Padu! Aksi luar biasa penjaga gol ini buat netizen tercari-cari siapakah dia