Sejak semalam kecoh dengan pengumuman bahawa pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias atau Ustaz Kazim diumum bertanding sebagai calon Barisan Nasional di Parlimen Larut.
Imej beliau yang mengenakan baju Barisan Nasional mula tersebar di media sosial yang difahamkan penceramah itu hadir di Menara Dato’ Onn bagi menandatangani surat aku janji serta mengambil gambar profil calon mewakili parti itu.
Bagaimanapun, pagi ini Ustaz Kazim dilaporkan telah menarik diri dari bertanding di kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
Perkara itu disahkan Pengerusi BN Perak, Datuk Saarani Mohamad ketika mengumumkan calon-calon BN hari ini.
Susulan itu, BN Perak telah menggantikan Ustaz Kazim dengan Ketua Penerangan Pemuda Umno Bahagian Larut, Mohd Shafiq Fhadly Mahmud.
“Kerusi Parlimen Larut ada perubahan dan berbeza daripada yang diumumkan Presiden malam tadi.
“Pertukaran dibuat kerana Ustaz Kazim menarik diri pada saat akhir,” katanya sempena Pengumuman Calon PRU15 BN Perak di Ipoh.
Semalam ketika pengumuman pencalonan dibuat, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pemilihan tokoh agama itu berdasarkan populariti dan pengaruhnya di negeri Perak dan sesuai untuk berdepan calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin di Larut.
Baca juga: ‘Jangan tanya gaji berapa, tanya risiko dia’ – Ibu muda ini pernah nyaris disambar kilat
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio