Malaysia Dateline

“Apa gayanya ni….”- Sampai sudah tak masuk parkir, gelagat cikgu memandu membebel buat ramai terhibur

Gelagat seorang pelajar memandu yang teragak-agak menggerakkan kenderaan ke petak parkir sehingga terlajak ke atas pembahagi jalan membuatkan ramai geli hati.

Cikgu yang dikenali sebagai @appypyna sering memuatnaik video ragam pelatih yang baru belajar memandu, namun warganet nampaknya lebih terhibur dengan ‘mulut becok’ si cikgu.

Mana tidaknya, gaya bebelan cikgu memandu tersebut yang seperti ‘abah-abah’ membuatkan ramai tidak kering gusi mendengarkannya.

“Haih tak masuk-masuk. Ini kalau pergi shopping complex ni tak belanja-belanja. Semua duduk dalam kereta tunggu je parkir (tapi) tak masuk-masuk.

“Haaa mana gayanya lah tu haaa. Naik pula atas bendul. Nak keluar macam mana tu dik…ada ke kau nak angkat kereta tu letak dekat luar line.

“Tadi dah belajar dah tadi penat aku ajar pusing-pusing tadi. Suruh tulis tak nak, nak ingat…ingat mamak ke,” bebelnya.

@appypyna

apabila belajar main hentam bila marah cakap cikgu jahat.. ye ler jahat ler abg ni.. #fypシ #fypシforyoupage #appypyna

♬ original sound – appy pina – appy pina

Video tersebut mendapat lebih 81,000 tanda suka dan lebih 9,000 perkongsian.

Rata-rata terhibur dengan kerenah cikgu memandu berkenaan dan mengakui sewaktu mereka belajar memandu dahulu pun mengalami situasi sama tetapi yang membezakannya adalah cikgu waktu dahulu amat garang, tetapi kini lebih ‘sempoi’.

“Hahaha baik cikgu ni, nasib dah ada lesen. Kalau tidak, boleh belajar dekat sini,” komen pengguna TikTok.

“Tak nak gelak sebab bulan 11 ni aku ada ujian JPJ,” tulis pengguna lain.

Antara komen netizen yang lain

Baca juga: paling layak tangani kemerosotan ekonomi

Baca juga: Twitter akan caj sekitar RM94 sebulan untuk pengguna yang mahu kekal butang ‘verified’