Sebahagian pengguna jalan raya lazimnya tiba-tiba diserang panik sebaik sahaja menghampiri roadblock (sekatan jalan raya) walaupun lengkap semua lesen dan cukai jalan.
Namun, tidak buat penunggang motosikal wanita ini. Beliau dengan helmet bertelinga kucing itu dilihat selamba malah boleh bersembang dengan anggota polis trafik bertugas.
Mulanya, polis berkenaan memuji topi keledar yang dipakai itu sebagai cantik disusuli dengan aksesori motor yang digunakan penunggang motor berkenaan.
“Cantik helmet, beli ke buat?” tanya anggota polis trafik itu.
Beliau nampaknya tertarik dengan telinga kucing pada topi keledar itu yang dianggapnya ‘tanduk’.
“Tampal sendiri,” spontan jawab wanita berkenaan.
Rakaman video itu kemudiannya diakhiri dengan kapsyen, “berlalu pergi dengan gembira”.
Perkongsian dashcam perbualan mereka berdua menarik perhatian warganet dengan rata-ratanya memuji sikap wanita berkenaan yang selamba sahaja.
Wanita terbabit dengan nama di profil Facebook, Oren Misaki dalam responnya susulan perkongsian rakam video miliknya itu sempat memberitahu cara untuk membeli aksesori yang digunakannya.
“Saya pakai insta360 one x2 + side mirror mounting. Kalau nak model terbaharu ambil x3. Boleh beli di Shopee Kasih Store/ RaptorsPro Gear/ Drone Care dan lain-lain,” katanya.
Baca juga RM58 melayang sehari, sesak di KL merata berjam-jam gara-gara LRT ‘mogok’