Sebuah kondominium mewah di Skudai, Johor Bahru pernah menjadi bualan ramai tentang kemegahannya sekitar tahun 1990.
Bagaimanapun, kondo setinggi 11 tingkat itu dilaporkan telah terbiar selama 20 tahun tanpa sebarang info mengapa bangunan misteri itu ditinggalkan begitu sahaja.
Bangunan tersebut sehingga hari ini masih berdiri kukuh tanpa ada struktur yang roboh.
Dilaporkan, selepas penghuni rumah pindah keluar, bangunan itu pernah dijadikan asrama pekerja kilang untuk tempoh yang tidak lama.
Difahamkan, banguna tersebut pernah mendapat perhatian ramai selepas heboh entang seorang wanita yang ingin terjun membunuh diri dari tingkat paling atas.
Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok yang menggunakan akaun @MohdJohn, ada memuatnaik keadaan terkini kondominium tersebut yang pernah menjadi salah satu daya tarikan pada tahun 90an kerana reka bentuknya yang menarik dan unik.
Dalam rakaman yang dikongsi, dapat dilihat keadaan bangunan sangat usang dan dia juga sempat berkongsi perjalanannya memasuki semula kondominium ini untuk melihat sendiri keadaan bangunan selepas lama ditinggalkan.
“Kondominium mewah yang telah tamat hayatnya lebih kurang 20 tahun. Kondo yang pernah jadi bualan tentang kemegahannya sekitar tahun 90an.
“Kelihatan kolam renang yang sudah lama dibiarkan. Bentuk yang unik membuatkan bangunan ini menjadi tarikan,” tulisnya pada kapsyen sambil menunjukkan gambaran keluasan sebuah kondo di bangunan tersebut.
“Ada masa saya terfikir kenapa kondominium sebesar ini ditinggalkan begitu sahaja. Jika mempunyai masalah keselamatan, mengapa mereka tidak robohkan?,” soalnya.
Sementara itu meninjau ke ruangan komen, ramai yang turut hairan kenapa bangunan tersebut ditinggalkan begitu sahaja.
“Dahulu semasa saya tinggal di Skudai pada tahun 2000 pun tertanya-tanya kenapa bangunan sebesar ini tiada orang. Berminat juga hendak tahu mengenai bangunan ini,” komen seorang pengguna TikTok.
“Cerita yang kuat yang saya tahu sebab struktur pembinaan bangunan tu tak selamat. Majlis bandaraya yang minta penghuni koosngkan,” maklum pula seorang pengguna.
“Aku pernah kerja berdekatan dengan kondominium ini sekitar tahun 1998. Dahulu, ramai tinggal di sini namun, semakin lama semakin kurang. Tidak pasti apa yang menjadi punca,” komen yang lain pula.
Baca juga: Cuba cari ibu kandung, lelaki menetap di lapangan terbang selama 18 tahun akhirnya meninggal dunia
Baca juga: Calon PM saya Anwar Ibrahim, siapa calon PM awak, tanya Khalid kepada Johari