‘Biar anak menangis sekarang, jangan ibu bapa meraung nanti’ – Simulasi penculikan ini disokong orang ramai

Oleh ARIF ATAN

“Biar anak menangis sekarang, jangan ibu bapa meraung nanti”. Itu antara komentar orang ramai yang menyokong usaha sebuah pusat taman didikan kanak-kanak (tadika) melakukan simulasi penculikan.

Rata-rata warganet berpendapat simulasi penculikan penting diperluas ke seluruh tadika sebagai satu bentuk pendidikan berkesan kepada kanak-kanak agar berhati-hati dengan orang asing.

Menerusi rakaman video tular, ‘penculik’ yang berselubung dan menyembunyikan identiti itu menghulurkan belon dengan beberapa kanak-kanak tampil cuba mengambil belon itu.

Ada ‘penculik’ yang difahamkan guru-guru di tadika itu turut mendukung ‘mangsa’ dalam keadaan kanak-kanak lain cemas dan bertempiaran lari.

“Masing-masing dah cemas masa ni. Ada yang jerit, ‘Cikgu diorang kena culik’.

“Ada yang menangis, meraung, menyorok, lari dalam pejabat,” tertera pada kapsyen di rakaman video itu.

Warganet menyifatkan simulasi itu dapat memberi pengajaran kepada kanak-kanak sama seperti latihan kebakaran di asrama sekolah.

“Biar anak trauma, dari mak bapa yang trauma.

Okeylah ni, daripada anak-anak korang kena culik sebab tak trauma dengan situasi penculikan, lagi menyesal.

“Elok buat begini sebab banyak budak sekarang terlebih berani, baru dia tahu rasa takut,” antara komentar warga maya.

Baca juga Buat pekerja gig dan pencari kerja – Skim insurans hayat antara tawaran PH yang tidak dijanjikan PN, BN

Baca juga Melihat adik ini ‘mandi’ telur ayam, netizen seloroh suruh ibu bapanya bersabar