Politik Pas sanggup pecah belahkan keluarga dikecam

Oleh NASUHA RAHMAN

Kempen pilihan raya semakin rancak dari semua parti yang bertanding bukan setakat kempen fitnah tetapi kempen politik Pas yang sanggup memecahbelahkan hubungan kekeluargaan turut dikecam.

Kempen ini dianggap kempen yang buruk sanggup memecahbelahkan keluarga yang dibina dengan penuh kasih sayang selama ini.

Soal yang berkaitan kekeluargaan tidak wajar dijadikan modal kempen politik seperti mana yang ditularkan di facebook Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Pusat.

Dengan meletakkan poster Datin Tuan Sabariah yang tertera tajuk Nik Omar tidak direstui’ di mana Tuan Sabariah tidak merestui anaknya bertanding atas tiket selain Pas.

Namun, kempen politik Pas ini dikecam netizen yang menyifatkan Pas telah mengheret hal kekeluargaan sehingga boleh mengundang pecah belah keluarga.

Susulan itu, Rosly Yusof teringat kes Dato Seri Jamil Khir Baharom bertanding atas tiket BN dalam PRU 13 macam mana Pas gunakan bapa Jamil yang juga ahli Pas mengatakan Bapa Jamil tidak merestui anaknya bertanding atas tiket BN.

“Sememangnya sifat Pas sanggup meleraikan hubung kekeluargaan demi kepentingan politik jahat mereka.

“Ibu bapa sentiasa mendoakan anak-anak, mana ada ibu bapa yang tidak merestui anak-anak mereka.

“Tapi begitulah jahatnya Pas dalam memecahkan belahkan masyarakat Islam sejak tahun 1951 lagi.

Jamzuri Ardani menyifatkan betapa buruknya kempen politik macam Pas ini.

“Janganlah sampai mempertaruhkan hubungan kekeluargaan kerana politik. Family is sacred. Politics is just a tool,”kata beliau.

Rata-rata netizen mengecam kempen Pas di ruang komen facebooknya antaranya;

“Baca komen2 pun ramai sedih dengan tahap Pas berkempen. Very low sampai macam ni sekali,”komen Mus’ab Muzahar.

“Allahu, kalau nak berkuasa sangat pun tak perlulah sampai buat macam ni. Urusan keluarga mereka, biar mereka uruskan sendiri, tak perlu dijadikan bahan kempen. Kesian kat keluarga ni.Semoga PAS lebih beradab,” Zaini Sakmis.

“Sebenarnya kempen sebegini lebih tidak direstui oleh agama. Politik ialah pilihan individu dan tiada kaitan dengan restu keluarga, dosa dan pahala. Ia hanya ijtihad seseorang dan hormatilah perbezaan pendapat itu dengan adab,” kata Faizal Riduan.

“Terdesak sangat Pas ni. Hal Keluarga jadi bahan kempen. Dah tak de modal nak serang Ustaz Nik Omar. Tak matang langsung,” komen Aqilah Mumtahanah.

Baca juga: 19 November perubahan landskap politik negara

Baca juga: Pertama kali mengundi, Sharifah Rose hanya akan sokong wakil rakyat yang boleh selesaikan isu banjir di Selangor