Zuraida kena ‘lempang’ di Ampang

Oleh ARIF ATAN

Datuk Zuraida Kamaruddin yang sebelum ini dilabel sebagai pengkhianat Pakatan Harapan (PH) ekoran Langkah Sheraton nampaknya kena ‘lempang’ di Parlimen Ampang dalam keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Kerusi yang disandang Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) berkenaan sejak tiga penggal mulai 2008 itu dirampas penuh bergaya oleh calon PH dari PKR, Rodziah Ismail dengan majoriti 29,681 undi.

Semasa tempoh kempen lalu, Zuraida menjadi bahan sindiran orang ramai apabila berdiri di tengah jalan raya sehingga dikaitkan seperti penjual jalanan jeruk mangga.

Rodziah Ismail

Rodziah yang memperoleh 56,754 undi iaitu 54 peratus menewaskan Zuraida yang hanya diundi hanya 4,589 orang.

Dalam pertembungan sembilan penjuru itu, Rodziah turut menumbangkan calon Perikatan Nasional (PN), Sasha Lyna Abdul Latif, Ivone Low Yi Wen (BN), Nurul Ashikin Mabahwi (Pejuang) dan Bryan Lai (Warisan).

Tiga calon Bebas juga ‘lunyai’ di tangan Rodziah iaitu Muhammad Shafiq Izwan Mohd Yunos, M. Raveen dan Tan Hua Meng.

Baca juga Tengku Zafrul kecundang di tangan Dr Dzulkefly

Baca juga Beg silang dipakai Hanis jadi tumpuan, netizen seloroh beg tu macam kanak-kanak zaman dulu