Najib pesan pada BN-Rundingan perlu ambil kira kepentingan jangka masa panjang Umno BN

Oleh NASUHA RAHMAN

Najib Tun Razak menitipkan pesanan buat BN yang dikatakan akan membuat rundingan dengan mana-mana gabungan parti perlu mengambil kira kepentingan jangka masa panjang untuk Umno dan BN.

Pesanan melalui Facebook anaknya Yana Najib memberitahu sekiranya BN perlu berunding dengan mana-mana gabungan bagi menyelesaikan masalah parlimen tergantung dan untuk membentuk kerajaan, maka rundingan ini patut mengambil kira kepentingan jangka masa panjang Umno dan BN dan bukan hanya untuk kepentingan sementara.

Rundingan ini, katanya perlu mengenepikan perbezaan sentimen serta perlu mengambil kira pendapat semua ahli parlimen BN yang berjaya pada PRU15.

“Pesanan ayah kepada BN pagi tadi semasa satu perjumpaan keluarga…

“Dato’ Sri Najib juga ingin sampaikan bahawa dia amat merindui sahabat-sahabatnya dalam BN.

“Beliau juga menegaskan harapan dan kepercayaannya bahawa UMNO dan BN merupakan parti keramat yang pasti akan bangkit semula.

“Semoga Allah sentiasa memberkati perjuangan kami.

Baca juga: Sabar, doakan yang terbaik, kata Anwar di tengah kecoh pembentukan kerajaan

Baca juga: Pelajar sekolah rendah paling tua di dunia berusia 99 tahun, meninggal dunia