Malaysia Dateline

Sabar, doakan yang terbaik, kata Anwar di tengah kecoh pembentukan kerajaan

Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua para penyokongnya agar bersabar ketika suasana dalam hiruk pikuk dengan berita angin sekarang.

“Maaf buat teman-teman tunggu lama. Saya harap semua dapat bersabar dan doakan yang terbaik buat negara,” kata Anwar ringkas menerusi Facebook beliau sekejap tadi.

Kenyataan Anwar ini dibuat selepas hampir 24 jam berlalu Anwar tidak membuat sebarang kenyataan samada melalui Facebook atau kenyataan media.

Anwar dipercayai membuat kenyataan ini bagi meredakan tekanan perasaan para penyokong beliau yang keluh kesah ekoran pelbagai berita yang tersebar sekarang ini.

Walaupun PH yang dipimpin beliau mendapat kerusi terbanyak iaitu 82 kerusi tetapi saingan beliau, Perikatan Nasional (PN) yang mendapat hanya 73 kerusi mendakwa mereka akan membentuk kerajaan.

Gabungan Parti Sabah (GPS) pula mendakwa, partinya akan bekerjasama dengan PN dan BN untuk membentuk kerajaan baru.

Mereka bersetuju untuk melantik Tan Sri Mahiaddin Md Yassin sebagai perdana menteri.

Mahiaddin pula dalam kenyataannya berkata, beliau mendapat sokongan dari rakan-rakannya untuk menjadi perdana menteri.

BACA JUGA BN nafi bincang dengan PN, yang langgar hilang status Ahli Parlimen

JUGA Ini berita palsu, kata Umno terhadap kenyataan PN bentuk kerajaan bersama BN dan GPS

DAN JUGA Agong minta parti kemuka gabungan bentuk kerajaan