Hubungan antara Pakatan Harapan (PH) dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS) semakin mantap apabila pimpinan kedua-dua gabungan itu bertemu secara rasmi pagi ini.
Perdana Menteri yang juga Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Premier Sarawak Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg bersama rombongan di rumah beliau.
Turut bersama dalam pertemuan bersejarah itu adalah Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifudin Nasution Ismail.
Menurut Anwar, GPS menjadi di antara tunggak selain Barisan Nasional, Warisan dan juga GRS yang membentuk Kerajaan Perpaduan yang dikemudi oleh beliau.
“InshaAllah, hubungan di antara Kerajaan Persekutuan dan Sarawak pastinya lebih akrab dan diperkukuh dalam rencana melakar sebuah Malaysia yang lebih baik dan berketerampilan,” kata Anwar dalam satu kenyataan menerusi Facebook beliau.
Sebelum ini, GPS disebut-sebut akan membentuk kerajaan bersama Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Mahiaddin Md Yassin.
Namun ia berubah arah apabila rakan erat GPS, Barisan Nasional mengambil keputusan untuk membentuk Kerajaan Perpaduan bersama Pakatan Harapan di bawah pimpinan Anwar.
BACA JUGA “We go international!” – Ramai terhibur tengok bendera HARAPAN berkibar dekat Piala Dunia Qatar
JUGA Sokong Anwar untuk bawa Malaysia menjadi Harimau Asia kembali