Malaysia Dateline

Sokong Anwar untuk bawa Malaysia menjadi Harimau Asia kembali

Perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia diharap dapat mengembalikan negara ini sebagai Harimau Asia dengan fokus diberikan untuk mengurangkan kos sara hidup.

Beliau kini dikelilingi oleh rakan seperjuangan beliau dalam Pakatan Harapan dan mendapat sokongan padu dari pegawai kanan kerajaan bagi menjayakan agenda tersebut.

(Gambar atas: Tiada kata yang mampu diucap. Tiada bicara yang mampu diungkap. Hanya sekeping foto tanda kesyukuran. Di Pejabat Perdana Menteri Malaysia di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini (Jumaat). Catatan Mohamad Sabu, Presiden AMANAH.)

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, sebagai tokoh Islam yang disegani seantero dunia oleh masyarakat antarabangsa, Anwar membawa sinar harapan baru dalam agenda kerasnya melawan serta membenteras rasuah, nepotisme, salah guna kuasa dan mutakhir ini kleptokrasi atau rompakan harta dan kejayaan negara oleh para pemimpin politik.

Anwar bersama dengan Ketua Setiausaha Negara di hari pertama beliau memasuki pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

“Amat didambakan dengan kepemimpinan tokoh Reformasi ini, ekonomi Malaysia sekali lagi, akan kembali dalam Trajektori untuk dimartabatkan sebagai antara Harimau Asia,” kata beliau.

Sehubungan itu, beliau berharap, semua pihak berdoa dan memberikan sokongan padu kepada Anwar dan pasukan kabinet Kerajaan Perpaduan yang beliau akan bentuk.

“Malaysia amat berhajatkan Tokoh & Pemimpin Reformasi ini buat Memacu Reformasi atau ‘lslah’ yang tulen dan sebenarnya.

“Pepatah ‘Arab ada menyebutkan yang maksudnya:

“Orang yang tidak mempunyai sesuatu, tidak dapat memberi sesuatu itu,” katanya.

Harapan bekas Menteri Kesihatan ini tidak bersaorangan kerana sebaik sahaja Anwar disebut-sebut bakal dipilih sebagai perdana menteri sahaja, bursa saham Kuala Lumpur serta Ringgit Malaysia menyambutnya dengan baik.

Harga saham melonjak naik manakala nilai Ringgit berbanding dengan mata wang dunia juga menokot dengan drastik sekali.

Kedudukan Ringgit Malaysia yang kembali ke kedudukan tiga bulan lalu dalam masa dua hari sahaja selepas Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri ke 10. Nilai Ringgit dijangka akan terus meningkat naik.

Laporan sebuah portal berita yang dimiliki oleh seorang bekas menteri kanan kerajaan sebelum ini bahawa saham arak meningkat sangat selektif kerana hampir kesemua kaunter saham meningkat naik.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil ketika menjawab isu yang juga dimainkan oleh laman itu kesal sekali dengan cara laporannya.

“Laman web MalaysiaNow kata saham arak, judi naik selepas Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuang Agong melantik YAB DS Anwar Ibrahim sebagai PM10 semalam.

“Tapi laman web itu tak nak pulak sebut:

• Bursa secara keseluruhan menyaksikan pelbagai kaunter naik, termasuk kaunter telco Axiata (+12.8%) dan Maxis (+12.3%) malah banyak lagi.

• Nilai Ringgit terus mengukuh ke RM4.49 ke USD (pagi Jumaat makin kukuh ke RM4.45!) – ini trend yang positif terutama mengambil kira Malaysia banyak mengimport barang makanan asas.

Bagi beliau, memang saham turun naik berkait sentimen dan “short-term profit taking”.

“Tapi janganlah spin bahan berita separuh masak hanya demi “short-term political profit taking”.

“Saya harap media yang ingin diambil serius lebih bertanggungjawab dalam laporan.

“Biar berfakta, bukan separuh masak,” kata beliau menerusi akaun Facebook beliau.

BACA JUGA Kesatuan sekerja KTM mahu Anthony Loke dilantik semula Menteri Pengangkutan

JUGA ‘Keutamaan saya sekarang ialah kos sara hidup’ – Anwar

DAN JUGA Gaji, saiz anggota Kabinet akan dikurangkan – Anwar