Selepas tidak apa lagi isu yang hendak dibangkitkan, para laskar siber Perikatan Nasional (PN) berterusan mengungkitkan janji Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2008 lalu untuk menurunkan harga petrol jika beliau menang.
Padahal janji itu diberikan Anwar ketika harga minyak petrol naik mencanak pada ketika itu sehingga memberikan kesan kepada kenaikan harga barangan keperluan harian kerana ia menjadi kos utama kepada pengangkutan.
“Itu janji Anwar pada 2008 lalu ketika PKR bersama dengan Pas dan kemudiannya DAP dalam Pakatan Rakyat bukan janji masa PRU-15 ini,” kata penyokong PH.
Jurukempen PN berulang-ulang memberikan ingatan tentang janji Anwar mahu menurunkan harga minyak jika beliau menang dan menjadi perdana menteri.
Turut terpengaruh dengannya adalah Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man yang membuat naik satu status menerusi Twitter beliau.
“Hari ni jangan isi minyak lagi, esok baru turun,” tulis beliau pada jam 3.57 24 November lepas hari di mana Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke 10.
Namun ia terus dijawab oleh aktivis media sosial dalam Twitter itu.
“Jangan main politik macam ini terus Tuan Ibrahim. Tuan Ibrahim mestilah tahu bahawa yang Anwar janjikan harga minyak turun tu ialah pada PRU 13 ketika zaman Pakatan Rakayat yakni Pas ada dalam coalition tersebut,” jawab Hafihub @hafizubai1.
Walaupun telah dijelaskan begitu, namun laskar siber Pas tidak pernah serik.
Poster ini kini beredar di kalangan mereka untuk menyatakan bahawa ia benar dan bukan manipiulasi.
BACA JUGA “We go international!” – Ramai terhibur tengok bendera HARAPAN berkibar dekat Piala Dunia Qatar
JUGA Bantah kempen perkauman agama, 10 laporan polis dibuat seluruh negara
DAN JUGA Anwar pakai capal – Apa kata Pekeliling Perkhidmatan?