Telur berlambak di pasaran selepas Ringgit naik mendadak

Oleh BORHAN AHMAD

Telur berlambak di pasaran selepas ia tidak lagi di eksport keluar negara ekoran kenaikan harga Ringgit selepas naiknya kerajaan baharu pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut seorang ahli perniagaan, telur membanjiri pasaran tempatan selepas harga Ringgit naik dan tidak perlu lagi ia di eksport untuk mendapatkan harga yang lebih baik.

Kadar Ringgit mencecah RM4.45 berbanding 1 Dolar Amerika pada 27 November, kadar yang lebih baik berbanding nilainya tiga bulan lalu.

Semalam nilai Ringgit mencecah RM4.45 berbanding 1 dolar Amerika, nilai yang terlebih baik berbanding nilai Ringgit tiga bulan lalu ketika telur masih banyak di pasaran.

Ringgit mula naik mendadak selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan bakal menjadi Perdana Menteri ke 10.

“Masalah telur di negara kita berlaku kerana nilai ringgit jatuh, menyebabkan peniaga memilih jalan mengeksport telur ayam ke luar negara bagi mendapatkan keuntungan lebih.

“Negara kita pula tiada kawalan kuota eksport bagi telur-telur tersebut. Maka terjadilah masalah besar, kehilangan telur di rak-rak pasaraya menyebabkan makcik kiah tidak dapat membuat donut red velvet,” kata ahli perniagaan berkenaan.

Menurut beliau, perkara pertama yang perlu dilakukan oleh kerajaan baru adalah dengan menghentikan eksport telur ayam ke Singapura dan Hong Kong serta merta, bertujuan menstabilkan bekalan sumber protein di negara sendiri.

“Maka sehari dua ni boleh tengok berlambak-lambak telur di pasaraya. Pengusaha tak protes sebab nilai ringgit pun dah makin naik,” kata beliau.

Mengikut Jabatan Perkhidmatan Veterinar, pengeluaran telur di negara ini berada di paras 120 peratus, bermakna ia lebih daripada mencukupi untuk keperluan domestik.

“Masalah terjadi bila telur dieksport tanpa kawalan.

“Benda mudah, tapi pakat duk hairan. Paling lucu ada yang kata telur kena sorok tu, elok la lepas PRU15 bawak keluar semua telur tembelang untuk dijual,” kata beliau kerana telur tidak boleh disorok.

“Think before you speak, and don’t say everything you think (Berfikir sebelum bercakap, jangan bercakap apa yang kamu fikirkan),” kata beliau.

BACA JUGA Sokong Anwar untuk bawa Malaysia menjadi Harimau Asia kembali