Hanya makan nasi berlauk garam, seorang pekerja asing mampu menghantar wang simpanannya sebanyak RM800,000 kepada keluarganya di Bangladesh.
Dengan jumlah itu, hasrat dan cita-cita untuk membina rumah kediaman menjadi kenyataan.
Seperti perkongsian seorang pemuda di TikTok yang menggunakan akaun @pokchek906, dia bertanya kepada seorang pekerja warga Bangladesh, berapa simpanan yang sudah dikumpul setakat ini melihat pekerja itu hanya makan berlaukkan garam.
Jangkaannya bahawa pekerja Bangladesh itu sudah menyimpan RM100,000 jauh meleset apabila rupanya pekerja itu sudah menyimpan sebanyak RM800,000.
Pekerja itu memberitahu, setiap hari dia cuma makan nasi berlaukkan bawang merah, sedikit air, dan garam sahaja demi menyimpan duit.
Apa yang mengejutkan, lelaki warga asing itu sudah pun mempunyai rumah dan tanah di kampung halamannya.
Menjengah ke ruangan komen, ada yang berkongsi kisah sama memberitahu bahawa rakan mereka dari Bangladesh juga mempunyai simpanan sebesar RM300,000 hasil menyimpan dan berjimat cermat.
Bahkan ada juga memberitahu bahawa kebanyakan pekerja warga asing ini sememangnya pandai berjimat dan mereka juga sebenarnya suka belanja rakan-rakan.
“Dari segi pengalaman, kita minta KFC mesti depa belanja woo. Bahaya geng ini,” seloroh netizen.
“Dia orang dah biasa makan macam ini. Kalau kita makan macam ni, sambil makan sambil kesat air mata,” komen yang lain pula.
Baca juga: Perut lelaki mengembang besar, sekali doktor jumpa 187 keping syiling yang ditelan tanpa sedar
Baca juga: Terlepas hukuman penjara, Farid Kamil mahu kembali fokus berlakon