Menteri Kabinet setuju gaji dipotong 20 peratus, Anwar juga tidak akan ambil gaji Menteri Kewangan

Oleh KIM SYAZIE

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan Jemaah Menteri bersetuju gaji bulanan mereka dipotong sebanyak 20 peratus sehingga ekonomi negara kembali pulih.

Kata beliau, perkara itu sudah dipersetujui oleh semua menteri dalam mesyuarat yang dipengerusikan beliau hari ini dan dasar itu akan disemak semula selepas ekonomi negara kembali pulih.

“Jemaah menteri bersetuju atas keprihatian kepada rakyat untuk memotong gaji setiap bulan sebanyak 20 peratus.

“(Pemotongan gaji) ini sehingga ekonomi pulih. Kalau tiga tahun (baru pulih) tiga tahunlah,” katanya dalam sidang media di Perdana Putra hari ini.

Pada masa sama, Anwar turut mengesahkan bahawa beliau tidak mengambil gaji sebagai Menteri Kewangan.

“Ada orang kata Anwar ambil gaji PM tapi ambil gaji Menteri Kewangan… itu tidak benar…gaji dia satu sahaja,” katanya.

Baca juga: Dua penunggang tergolek, berlanggar sama sendiri gara-gara sibuk berborak atas motor

Baca juga: “Terima kasih yang doakan saya,” – Nash