Malaysia Dateline

Dua penunggang tergolek, berlanggar sama sendiri gara-gara sibuk berborak atas motor

Dua orang penunggang motosikal berlanggar sama sendiri selepas salah seorang dari mereka tidak sengaja melanggar motor di hadapan hingga mengakibatkan kedua-dua mereka berguling di atas jalan.

Menerusi rakaman papan pemuka (Dashcam) yang dikongsi orang awam di Twitter, sekumpulan penunggang motosikal dilihat menunggang secara beriringan sambil berborak.

Mereka sebanyak lima buah motosikal menunggang sebelah menyebelah hingga mengganggu kenderaan lain di belakang.

Situasi tersebut bertukar tragis apabila salah seorang penunggang yang berada di belakang (tidak diketahui sama ada rakan mereka ataupun tidak) terlanggar motosikal di hadapan dan menyebabkan kedua-duanya bergelimpangan atas jalan.

“Dah lah block jalan, berborak lagi atas motor. Hati-hati semua bila atas jalan raya,” tulis @myjoe_ yang memuat naik video berkenaan.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan lokasi kejadian berlaku.

Salah seorang dari mereka berguling beberapa kali di atas jalan raya dan tidak sedarkan diri.

Baca juga: Ini kerajaan Perpaduan bukan kerajaan PH, banyak perkara kena kompromi

Baca juga: Guna wang simpanan sebanyak RM1,000 untuk bina bangsal terapung, cuba selamatkan barangan rumah sebab banjir setiap tahun