Kunjungan hormat Perdana Menteri ke 9, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke pejabat Perdana Menteri ke 10, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dipercayai dapat mengukuhkan lagi kestabilan negara.
Anwar dalam posting di facebook beliau menyatakan penghargaan di atas kesudian Ismail untuk bertemu dan bertukar-tukar pandangan itu.
“Mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya hari ini.
“Saya hargai kesudian beliau untuk bertemu dan bertukar pandangan terkait pelbagai isu semasa.
“Saya juga nyatakan penghargaan kepada beliau atas dukungan dan sokongan yang diberikan,” kata Anwar awal malam tadi.
Ismail adalah Timbalan Presiden Umno yang menjadi perdana menteri melalui kerjasama antara BN, Bersatu dan Pas. Beliau menggantikan Tan Sri Mahiaddin Md Yassin yang menjadi perdana menteri sebelum itu selepas menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan.
Pertemuan lewat petang semalam disambut meriah oleh rakyat negara ini yang membuat komen-komen positif mereka melalui facebook Anwar.
Mereka berharap pertemuan ini akan memberikan suasana baru selepas pilihan raya umum dan pembentukan kerajaan baru-baru ini yang agak kecoh.
Usaili Alias dalam komennya menulis, “Itu contoh terbaik di kalangan pemimpin atasan, rakyat harapkan we move on!”.
Penulis dan blogger Mohd Sayuti Omar juga menyambut baik pertemuan ini.
“Harap lepas ini bekas PM Mahiaddin dan Mahathir pula mengunjungi Anwar kemudian disempurnakan oleh Tok Dor pula,” kata Sayuti ketika membuat komen dalam facebook Anwar itu.
Tok Dor adalah nama timangan kepada Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang yang digunakan oleh Sayuti dalam tulisan-tulisan beliau sejak sekian lama.
Sebelum menerima kunjungan hormat PM9, Anwar telah membuat kunjungan hormat peribadi kepada tiga sultan selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri.
Sultan yang pertama adalah Sultan Johor diikuti oleh Sultan Selangor dan yang terkini Sultan Kelantan.
Ketua Negara pertama yang datang mengunjungan Anwar adalah Sultan Brunei, Sultan Hasanal Bolkiah.
BACA JUGA “Please don’t do that”- Lepas Abah dan Pak Long, netizen terhibur Anwar tidak mahu dipanggil papa
JUGA Bangunan Kementerian Kewangan tiba-tiba terbakar
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio