Orang ramai dilihat suka melihat penampilan Perdana Menteri ke-10 setiap kali Jumaat dengan ada yang tertanya-tanya di mana Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan solat Jumaat.
Rasa teruja dan ternanti-nanti rakyat itu termasuk pilihan warna baju Melayu yang akan digayakan juga dikongsikan warganet di ruangan komentar dalam hantaran di Facebook rasmi Anwar.
Malah, ada yang berdoa semoga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu akan memberi khutbah Jumaat di Masjid Negara yang menjadi lokasi ikonik perjuangan tokoh berkenaan sejak tahun 1998.
“Saya berdoa supaya PM Anwar Ibrahim akan memberi khutbah Jumaat di Masjid Negara tempat kami berkumpul masa Reformasi, Bersih 2, Bersih 4. Aamiin,” kata pengguna Facebook, Mat Runner.
Harapan itu juga dilihat dipersetujui orang ramai termasuk Nazari Abd Hamid yang menulis, “InshaAllah, moga-moga Jumaat depan di Masjid Negara.”
Semalam, Anwar mengerjakan solat Jumaat di Masjid Saidina Uthman Ibn Affan bersama penduduk Bandar Tun Razak di ibu negara.
Sebelum itu, Ahli Parlimen Tambun berkenaan makan tengahari di Medan Selera Permaisuri.
“Suka tengok DSAI menyantuni dan berjumpa rakyat setiap Jumaat. PMbest, Alhamdulillah.
“Sempoi je. Ramah tak kekok pun sembang-sembang dengan orang ramai.
“Makan pun tiada meja VVIP. Di mana-mana pun beliau boleh. Terbaik DSAI, pemimpin yang terlalu humble,” demikian antara coretan rakyat yang turut mendoakan kesihatan Perdana Menteri.
Baca juga Anthony Loke baru jadi menteri kurang sebulan, fasiliti di stesen LRT dan MRT sudah pun diperbaiki