Media lapor ada pemimpin Bersatu yang dakwa kononnya kerajaan baru di bawah Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada keabsahan moral. Ehem.
Antara alasan yang diberikan bagi menyokong dakwaan dia tersebut adalah kerana Anwar ada rancangan dengan YB Presiden Umno. Tuduh senang, buktikanlah!
Dia juga dakwa pengerusi Perikatan Nasional pula tidak mahu berurusan dengan Presiden Umno dan tidak mahu gugurkan tuduhan rasuah ke atas Presiden Umno masa dia jadi PM.
Dia juga dakwa kerajaan yang diterajui oleh Anwar bukan Kerajaan Perpaduan seperti mana yang disarankan oleh Yang di-Pertuan Agong kerana di dalam kerajaan itu tidak ada PN dan ia dikuasai oleh DAP.
Sekarang giliran kita jawab dakwaan meleset dia itu
Pertama, dia dakwa Kerajaan Perpaduan yang dianggotai oleh PH (kerusi yang terbesar), BN dan GPS tidak ada keabsahan.
Saya rasa hujah ini dihamburkan oleh pihak yang sedang kecewa dan marah hingga mungkin sukar untuk berfikir secara jernih dan rasional di saat ini. Kita maafkanlah.
Dia mungkin tidak begitu sedar tuduhan dia itu agak liar dan dilihat semacam meremehkan keputusan Agong yang dibantu oleh Majlis Raja-Raja yang melantik Anwar sebagai PM bagi mentadbir sebuah Kerajaan Perpaduan.
Untuk tujuan berhujah, katakan kita anggap dakwaan dia ada merit (walaupun hakikatnya tidak bermerit).
Anwar dengan secara terbuka telah umum akan adakan sidang Parlimen pada 19 Disember ini insyaAllah dan akan ada usul undi percaya atau votes of confidence (VOC) di dalam Parlimen.
Nak tanya sikit, masa Tan Sri Mahiaddin Md Yasin jadi PM dulu-dulu itu adakah dia ada berani umum untuk buat VOC apatah lagi nak buktikan VOC?
Dan masa Mahiaddin jadi PM dulu dia ada mandat dari rakyat ke atau mandat dari pengkhianatan dari Hotel Sheraton?
Baiklah katakan masa dulu-dulu tu gomen tebuk atap yang Mahiaddin terajui adalah Kerajaan Perpaduan, tidakkah itu Kerajaan Perpaduan pengkhianat ?
Ya, Anwar ada berurusan dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi. Berurusan je pun dah salah? Wow!
Habis tu masa Mahiaddin jadi PM dulu tu, dia tak ada berurusan dengan Presiden Umno ke untuk dapatkan sokongan Umno untuk dia jadi PM?
Takkan Mahiaddin hanya berurusan dengan kerani di pejabat Umno je masa tu?
Dia juga dakwa Mahiaddin tidak mahu gugur tuduhan rasuah ke atas Zahid. Baguslah, jika betul. Tapi….Anwar ada gugurkan tuduhan ke atas Zahid ke? Jika tak ada, tak usahlah bawa hujah itu.
Dia dakwa Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Anwar tidak ada PN yang wakili orang melayu.
Bukankah Mahiaddin sendiri yang habaq pada dunia yang dia yang tidak setuju dengan saranan Agong untuk PN bentuk Kerajaan Perpaduan dengan PH.
Jadi kenapa salahkan kat Anwar?
Lagi satu dalam PH, BN dan GPS tidak ada Ahli Parlimen Melayu ke? Melayu hanya ada dalam Bersatu dan Pas sahaja ke? Ahh biar benar dong!
Ya, DAP ada 40 kerusi. jadi apa masalah? Depa (DAP) bukan rakyat Malaysia dan tidak dipilih oleh rakyat Malaysia dalam PRU-15 ke?
Lagi satu, bila kerajaan yang dipimpin oleh Anwar itu sendiri bukan lagi kerajaan PH per se, sebaliknya ia adalah Kerajaan Perpaduan, justeru soal DAP adalah majoriti dalam kerajaan dah tak timbul lagi brader.
Tok loya habaq “cadit quaestio”! (the dispute is over)
Baca juga: Ustazah Afifah dakwa haram makan ubat tahan sakit, seolah memasukkan bahan meragukan dalam badan
Baca juga: Jijik! Remaja sanggup raba dan cium pipi budak usia 11 tahun dalam lif