Malaysia Dateline

Ada orang jual tar keliling taman? Pemuda ini ingatkan jangan beli, lapor je dekat JKR

Orang awam dinasihatkan untuk tidak membeli tar yang dijual dari mana-mana individu persendirian yang bukan dari pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR).

Menerusi tangkap layar yang tular, seorang individu telah mendedahkan bahawa ibu bapanya didatangi seseorang yang memaksa mereka untuk membeli tar.

Namun ibu bapanya sempat membuat panggilan telefon memberitahu dia tentang perkara tersebut dan berjaya ‘sekolahkan’ individu tersebut yang menjalankan kegiatan menjual tar secara salah dari sudut undang-undang.

“Dia paksa orang tua saya beli. Nasib baik orang tua saya sempat call saya. Saya sekolahkan orang jual tar tu. Banyak tengok posting cip, jadi ada ilmu sikit pasal jalan tar ni,”.

Tangkap layar tersebut dikongsikan pengguna Facebook, LANDO Zawawi – Brotherhood Malaysia.

Justeru itu, pemuda ini menasihatkan orang awam agar tidak membeli tar dari mana-mana individu dan boleh membuat aduan pada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Orang awam dinasihatkan jangan beli dan buat aduan pada PDRM dan pemilik laluan sekitar. Sama ada JKR atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Tar jenis Hotmix perlu diturap pada suhu yg masih sesuai (110°-120°c) maka mustahil tar yang depa bawa dari kuari, pusing taman baru nak carik kastemer boleh kekal suhu sedemikian. Kalau turap pun tak tahan lama.

“Kegiatan menjual tar yg berperuntukan juga adalah salah dari sudut undang undang dan dikira menjual barang curi / hak kerajaan

“Aktiviti menjual tar berperuntukan juga menjadi sebab jalan kita mudah rosak kerana tar semakin nipis dan tidak mengikuti SOP turapan. Semoga menjawap persialan,” tulisnya dalam satu hantaran di Facebook.

Baca juga: “Buat apa belajar penat-penat sampai universiti tapi gaji RM2,000, lebih baik jadi TikTokers!”

Baca juga: Banduan wanita dakwa dirogol, warden jual kunci sel kepada banduan lelaki

Baca juga: ‘Bantuan NGO, kerajaan dapat tapi nak buat macam mana mereka bahagia hidup macam tu’